Kerana menegur asyik bermain game oleh bapa, remaja perempuan cuba bunuh diri! (Lihat Video)

Remaja yang cuba bunuh diri semalam adalah perempuan yang berusia 16 tahun, walaubagaimanapun polis dan bomba berjaya menghalang dan dapat menyelamatkan remaja itu.

KP Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis menerima panggilan jam 2.00 petang sebelum sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketika proses memujuk oleh pihak polis dan bomba, seorang anggota polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari dan menarik remaja perempuan itu dari tebing jambatan.

Sebelum diselamatkan, remaja perempuan itu sudah berada di tebing jambatan dan termenung akan nasibnya.

Orang awam juga turut membantu remaja itu, dan dibawa ke hospital untuk tindakan pemeriksaan.

Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu tertekan selepas ditegur bapa kerana asyik bermain game di telefon bimbit.

Mangsa mengalami kemurungan dan direhatkan untuk proses pantauan.

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa beri perhatian kepada anak-anak supaya kejadian tak diingini berlaku.

Video:



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s