(Video) – Wanita 29 tahun terjun jambatan Sungai Kelantan malam tadi

KB Kelantan – Seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa hari lalu dipercayai telah terjun dari jambatan Sultan Yahya Petra.

Kejadian itu disedari orang awam yang menggunakan jalan itu pada jam antara 1-2 pagi tadi.

KP Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata sebelum kejadian terlihat wanita itu berdiri di atas palang jambatan menghadap ke Sungai Kelantan.

Seorang pemandu lelaki yang menggunakan jalan itu pada pagi ternampak seorang perempuan di situ. 

Tiba-tiba dia terus terjun ke dalam sungai dan lelaki itu terus menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. 

Walaubagaimanapun wanita itu berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi dan tiada sebarang kecederaan.

Menurut KP Daerah Kota Bhara juga wanita itu dihantat ke Hospital Raja Permaisuri Zainab dan akan dirujuk pada pakar psikiatri.

Beliau berkata, keluarganya memberitahu memang dia mengalami masalah kemurungan baru2 ni, tapi tiada sebarang rekod masalah mental lagi cuma dalam prose berubat dengan perubatan tradisional.

Siasatan masih diteruskan sebab apa wanita itu terjun ke dalam sungai.

Video wanita itu terjun ke sungai tular di media sosial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s