Ibu bapa perlu waspada! Video kanak-kanak jatuh daripada motor akibat tertidur.

 

Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Terengganu. Seorang ibu dan anaknya telah menaiki motorsikal. Tiba-tiba anaknya senget ke tepi sebelum terpelanting dan terjatuh ke atas jalan raya. Mangsa kelihatan bangun dan terus berlari ke tepi jalan. Dia kelihatan bingung dan hanya duduk di tepi. Ibu mangsa terkejut dan memberhentikan motor. 

Kereta yang merakam kejadian tersebut dengan menggunakan dashcam sempat memberikan pertolongan kepada mangsa. Diharapkan mangsa tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak ketika membonceng motorsikal. Kadangkala anak-anak terlelap di atas motor disebabkan berasa nyaman dengan keadaan berangin di atas motor. Kena setiasa peka dengan keadaan anak-anak. Pastikan anak-anak memegang erat pinggang mak dan ayah untuk mengelakkan mereka tertidur sehingga terjatuh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s