Baby Daffrel memerlukan doa dan sumbangan. Ini kisahnya diceritakan oleh ibunya

 

Mohon Kelab Doakn anak kawan saya . Lahirnya sihat , sekarang tgh sakit Allahu , semoga ibunya kuat menghadàpi .

Coretan Ibu Daffrel .

Beberapa jam sebelum sakit awak sangat aktif , ketawa , sengih , mama gomol gomol awak bukan main lagi awak suka . Patutlah mama rasa something . Mama rasa taknak lepas awak . Mama rasa taknak jauh dari awak . Sungguh sungguh mama peluk awak dik pagi tu .

Awak sihat macam biasa . Tak demam . Tak merengek . Its normal macam biasa . Awak memang tak menunjukkan sebarang sakit . Awak happy je macam biasa .

Lepas bangun tidur , tiba tiba je mata awak ke atas , kaki tangan pun ikut ke atas . Benda tu berlaku sekejap sekejap dan awak tak kejang . Lebih kurang 5minit . Papa dukung sambil lap muka & kepala awak dengan air . Awak masih sama . Seminit lepas tu awak okey . Senyum ketawa main macam biasa . Papa cakap awak okey takde apa2 . Instinct mama cakap no ! Tu bukan diri awak .

4jam selepas awak kena lagi . Papa dah pergi kerja masa tu . Mama terus bawa awak pergi hospital bahagian kecemasan . Awak dimasukkan ke zon kuning . Selama 4 jam kat situ awak okey . Senyum sengih ketawa main macam biasa . Doc kata maybe awak boleh discharge . Tiba2 4jam pastu awak jadi balik depan kata doktor .

Terus awak ditahan wad sehingga sekarang . Perkara tu berulang setiap 4jam . Dan benda tu menyakitkan awak . Awak akan menangis kuat sambil tengok mama . Awak tenung mama & nurse kat wad . Mungkin awak nak bagitau “adik sakit ni ma” 😭

Sabar ya sayang . Adik kuat tau ! Mama yakin adik kuat sihat membesar dengan bijak pandai . Ramai yang doakan adik . Ramai sayang adik . Walaupun mereka tak pernah jumpa adik , mereka sedih tengok adik sedih . Kita sama sama lawan ya dik . Awak anak lelaki . Awak & abang yang akan jaga mama nanti . Awak kena kuat kuat kuat !

Terima kasih untuk semua keluarga , sahabat dan saudara yang mendoakan Muhammad Daffrel Firdaus bin Muhamad Firdaus dan yang memberi sumbangan . Semoga Allah saje yang dapat balas . Semoga doa kalian diangkat dan dimakbulkan . 

Sesiapa yang mahu menyumbang no akaun tertera di bawah:

Sumber : mama daffrell Norazimah Bunihan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s