Lelaki dera anak sambil tunjuk pisau berjaya ditahan polis

 

TAWAU; 15 APRIL 2021 (Khamis) – Seorang lelaki warga Indonesia berumur 20-tahun berjaya ditahan Polis pagi tadi kerana disyaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut akan membunuh mereka.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat pengadu yang merupakan Polis Bantuan di Ladang Giram Divisyen Ulu Balung setelah melihat video tular mengenai penderaan berkenaan berlaku di perumahan ladang berkenaan.

Katanya, selasa lalu tular dua video berdurasi 26-saat dan 16-saat memaparkan suspek memijak dua kanak-kanak seorang lelaki berumur 5-tahun dan seorang perempuan, 3-tahun yang dipercayai anak kandung suspek sambil memegang sebilah pisau.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita di Pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

ACP Peter berkata, tangkapan kira-kira pukul 7-pagi tadi itu dibuat sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau dan Semporna bertempat rumah tidak bernombor di Kampung Andung Jalan Kabogan Semporna hasil kerjasama dan penunjuk arah isteri suspek yang berusia 19 tahun.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebilah pisau berhulu besi berukuran 31 sentimeter.

Jelasnya lagi, motif menularkan rakaman dan kejadian dipercayai disebabkan berlaku krisis rumahtangga suspek dan suspek bertindak mengugut isterinya untuk pulang ke rumah dengan cara mendera dua anak mereka.

Suspek ditahan reman 14-hari untuk sisatan lanjut, manakala dua anaknya dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


Artikel selanjutnya: (TERKINI) – Mak ayah terjun jambatan Pulau Pinang tinggalkan anak bersendirian

Artikel selanjutnya: (Video) – Tomok memang star main bola, bakal wakil skuad “Harimau Malaya”? 

Artikel selanjutnya: Lelaki tikam kekasih, kritikal selepas membunuh dipercayai terus minum clorox

Artikel selanjutnya: (Koleksi) – Foto selepas ‘mendeco’ rumah, boleh pakai idea ni sempena raya nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s