Sampai mati saya tak boleh balas jasa isteri – Along Eyzendy

 

Namanya mungkin tidak dikenali ramai. Tetapi mukanya cukup dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, lawak dan menghiburkan. Dia sering menjadi pelengkap lakonan filem dan drama di Malaysia. Along Eyzendy telah menghidap kerosakan pada kedua-dua buah pinggangnya. Hanya 19% sahaja yang boleh digunakan. Selebihnya telah rosak. Beliau hanya tahu ketika membuat pemeriksaab kesihatan sempena umurnya yang mencecah 40 tahun. 

Siapa yang tidak bimbang jika kedua-dua buah pinggang rosak dan hanya boleh digunakan pada tahap minimum. Begitu juga isterinya, pasti hati seorang isteri gelisah lantaran penyakit yang dihidap oleh suami. Namun, kasih dan cinta seorang isteri tiada tandingan. Isteri Along mengambil keputusan untuk mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada suami. Menerusi akaun facbeooknya Along Eyzendy sempat menceritakan pengalamannya dan meluahkan kebimbangan mengenai major operation yang akan dijalaninya.

Ramadhan 2. Hari ke 5 untuk aku hari ke 3 untuk Amy Eyzendy dalm wad 7b hospital Selayang. Dah bermacam-macam  jenis doktor pakar datang untuk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant dan beberapa doktor pakar yang lain. 

Dari penerangan atau brifing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’. Aku tgk bini aku relax je dia. Maklumlah ini kali yg ke4 dia masuk operation theater OT. Sebelum ni masa melahirkan anak kami ketiga-tiganya di lahir melalui cara pembedahan atau caesarean. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa. Tapi bagi aku yang kali pertama nak masuk OT, dan kali pertama nak belah perut memang sangat merisaukan, mendebarkan dan macam-macam perasaan yg bermain di fikiran.

Tapi nasihat bini aku tak payah fikir just tawakal dan lalu je. Macam dia, aku Cuba, tapi 5 minit kemudian aku fikir balik… 😂😂😂 memang berbeza la aku dengan dia. Dia lebih kuat lebih cekal dann lebih positif. 

Baca lagi: Ujian di bulan Ramadhan yang sangat perit 

Baca lagi: Disebabkan tak nak lari rasa bihun supnya yang pernah dapat pujian, sup yang sama digunakan selama 46 tahun

Kalau tak,  dia takan ambil keputusan yang sangat besar dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sangat bertuah Alhamdullilah…  Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.

Moga Along Eyzendy dan isteri selamat menjalani pembedahan buah pinggang dan sihat seperti sedia kala. 

Sumber: Along Eyzendy


Tips seterusnya di bawah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s