Seorang ibu tidak menyangka pemberian telekung merah itu adalah pemberian terakhir sebelum anaknya pergi mengadap Ilahi

 

Pulau Pinang – Seorang ibu tidak menyangka gambar kiriman anaknya melalui aplikasi whatsapp dua hari lalu adalah perbualan terakhir bersama anaknya.

Arwah Iqbal sempat menghantar gambar menu berbuka puasa dan berpakaian uniform anggota kepada ibunya.

Noraini Jaafar 54, ibu kepada arwah berkata siapa sangka anaknya pergi begitu cepat dan dia dapat panggilan yang anaknya sudah meninggal dunia selepas dua hari mereka berwhatsapp.

“Arwah ada juga berkata, yang dia rindu masakan maknya, tapi tiada sebarang perubahan lain masa mereka berbual, kata Noraini Jaafar di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Arwah Muhammad Iqbal Mazlan 22, meninggal dunia pada pagi sabtu jam 1.35 pagi apabila dia sedang mengejar penjenayah pada masa itu, di Jalan Utama.

Noraini berkata dia mendapat perkhabaran anaknya kemalangan dan meninggal dunia pada jam 2.35 pagi oleh kawan arwah.

Selepas mendapat berita itu, saya dan suami Mazlan Omar terus bergegas dari Kuala Besut Terengganu ke Hospital Pulau Pinang untuk proses pengecaman.

“Ibu mana tak sedih tapi saya redha dengan pemergiannya, dia seorang anak yang baik, pada 9 April baru ni dia sempat mengirim telekung berwarna merah kepada saya yang saya akan simpan selama-lamanya.

“Penjenayah yang dapat ditangkap itu biarlah mendapat hukuman setimpal, kata ibunya”.

Kejadian berlaku apabila arwah bersama dua lagi rakannya, buat rondaan cegah jenayah, mereka adalah anggota Balai Polis Datuk Keramat.

Arwah sempat berkhidmat sebagai anggota selama 18 bulan sehingga hari ni.

Kp Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mereka dalam tugasan tiba-tiba nampak seorang penunggang motosikal dalam mencurigakan dan terus mengejar.

Ketika anggota mahu tahan, suspek terus memecut laju yang mana pada masa itu di jalan Scotland.

Baca lagi: Kerana tersalah siapkan order, akak ni label “puasa punya orang bodoh”

Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat motor arwah telah bergesel dengan motor penjenayah lalu jatuh dan kepala arwah terhantuk pada pembahagi jalan.

Penjenayah berusia 35 tahun itu juga terjatuh dan dapat ditangkap serta merta.

Penjenayah yang mempunyai 11 rekod jenayah itu disyaki seorang tokan dadah dan hasil ujian air kencing adalah positif dadah.

Jabatan forensik Hospital Pulau Pinang

“Suspek akan direman esok di Kompleks Mahkamah Georgetown, kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan iaitu bunuh, dan seksyen 186 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Jenazah Iqbal dibawa ke Kampung Halamannya Air Tawar Besut Terengganu untuk dikebumikan di sana.

Sumber: Sinar Harian


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s