Perbuatan bapa tiri menyebabkan kanak-kanak 3 tahun positif dadah – Polis

 

Nilai Negeri Sembilan – Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang suspek dipercayai bapa tiri kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, dia antara penyebab kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.

KP Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata hasil laporan yang didapati dari Hospital Tunku Azizah KL kanak-kanak itu menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah.

Polis meneliti siasatan dan berkata kanak-kanak itu tinggal bersama bapa tirinya di Nilai pada 14 April lepas.

Disebabkan nampak aneh dan berkelakuan pelik, si ibu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan pada keesokan harinya.

KP Daerah Nilai juga berkata alamat terakhir lelaki tersebut adalah di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B Taman Desa Jasmin Nilai, yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian, lelaki itu bernama Mohd Faresh Khalid berusia 38 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baca lagi: (Video) – Wanita tua dibelasah kerana fahaman anti Asia di Amerika

Baca lagi: Mr Chung Chee Yang tak mengaku bersalah, masih belum taubat

Baca lagi:  Rider foodpanda ini menerima 9 jahitan selepas dipukul suami pelanggan

Selain itu, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebarang maklumat boleh hubungi ASP Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025 / Inspektor Normi Hashim 013-6949623 atau balai polis berhampiran.

Sumber: The News

Like & Follow FACEBOOK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s