(Video) – Wanita tua dibelasah kerana fahaman anti Asia di Amerika

 

Xiao Zhen Xie, wanita Asia berasal daripada China berusia 75 tahun yang ditumbuk oleh seorang lelaki kulit putih bernama Jenkins (39)di San Francisco. Xie diserang di Market Street di San Francisco pada hari Rabu lalu ketika dia hendak menunggu melintas jalan. Steven Jenkins telah menumbuk Xie di muka sebelum Xie membalasnya dengan memukul lelaki tersebut menggunakan kayu papan. 

Menurut polis Francisco sebelum Jenkins menyerang Xie, dia terlebih dahulu telah menyerang seorang lelaki Asia berusia 83 tahun. Kes kejadian anti Asia Amerika ini sebelumnya telah berlaku di Atlanta yang mengorbankan  6 wanita Asia dalam kejadian tembak-menembak. 

Jenkins terbaring dan mengalami pendarahan di kepala dan mulut namun nekad untuk melarikan diri. Namun tindakannya gagal setelah dikejar oleh seorang pengawal keselamatan. Pengawal tersebut menangkapnya dan menunggu polis dan ambulans tiba di tempat kejadian. 

Ketika wartawan sukan tempatan Dennis O’Donnell dari KPIX berada di tempat kejadian dan mula merakam. Video memperlihatkan Jenkins telah  diusung oleh paramedik untuk mendapatkan rawatan. Dia menghadapi tuduhan serangan dan penderaan kepada warga tua. Manakala Xie memegang ketulan ais dan meletakkan dimukanya sambil memberi amaran kepada Jenkins yang diusung ke ambulans. 

Cucu Xie telah meminta sumbangan 50 000 usd untuk merawat neneknya akibat insiden tersebut. Tambahan pula, Xie juga menghidap kanser dan diabetis. Namun apa yang mengejutkan, mereka mendapat sumbangan hampir 1 juta usd. Namun Xie tidak mahu mengambilnya dan ia disumbangkan kepada badan dana untuk membantu meredakan perkauman terhadap masyarakat Asia Amerika.

Baca lagi: Ekspresi dan riak wajah Fazura lepas tengok Fattah dipeluk berubah tiba-tiba – Kelakar sangat bila fikir

Baca lagi: (Video) – Sekumpulan lelaki mengamuk dipercayai samun, polis tangkap 4 suspek

Beliau berpendapat masalah tersebut lebih serius daripada sakit yang beliau hadapi. Xie yang tinggal di Amerika selama 26 tahun berharap perkara ini tidak berlarutan. 

Sumber: NPR

Like & Follow FACEBOOK


Baca lagi: Perbuatan bapa tiri menyebabkan kanak-kanak 3 tahun positif dadah – Polis

Baca lagi:  Rider foodpanda ini menerima 9 jahitan selepas dipukul suami pelanggan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s