Pak cik penjual kotak, hanya buka puasa dengan air kosong dan kurma sebab duit hanya ada RM2

 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mendidik hawa nafsu daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang melanggar dengan hukum syarak. Bulan ini juga mengajar umat Islam untuk merasai penderitaan orang susah yang sentiasa berlapar kerana kekurangan hidup. 

Kisah sedih ini dikongsi oleh Prof Dr Firdaus yang terserempak dengan seorang pakcik penjual kotak dengan seorang abak berusia 5 tahun. Ikuti perkongsian beliau. 

Kita ni kadang rasa taktau nak buka puasa apa sebab tak boleh decide nak makan mana satu banyak sangat pilihan. Tapi hakikatnya kat luar sana ada orang yg tak boleh pilih nak buka puasa apa sebab dalam poket ada rm2 je. Nak bagi makan apa kt anak. Kat tangan ada sekotak kurma.

Pakcik ni aku jumpa kt depan 7e taman melati time aku baru keluar beli burger king utk buka puasa pukul 8 malam. Lambat buka puasa sbb petang tadi duk bebel sorang2 tak boleh decide nak berbuka apa kt office. Aku tanya dia dah buka belum dia kata dah tadi minum air dgn kurma.

Aku jenis takde cash so tak sampai hati pulak tinggal camtu je sbb tengok anak dia 5 tahun. Last sekali beli je apa yg dia nak kt burger king tu. Kt rumah dia cakap ada wife n anak lagi 2 orang. Kecik2 lagi. Dia kerja jual2 kotak, sebelum ni aku rasa selalu gak nampak dia kt sini

Baca lagi: Tular solat dipermainkan, keberanian dan mempermainkan agama melampaui

Hari ni tak kerja sbb tu dia bawak anak dia yg kecik jalan2 keluar sbb lama sgt anak dia tak jalan keluar sbb takut lapar nnt kena makan luar kena ada duit lagi.

Lesson learned. Aku balik office rasa sebak weh sbb petang tadi duk bebel sbb tak reti nak pilih makan apa sbb byk pilihan. Padahal pakcik tu dgn anak dia tak boleh nak memilih sbb tak bernasib baik mcm kita. Sekian.

Semoga sedekah yang diberikan beroleh berkah disisinya. Jika ada orang,  susah berusahalah hulurkan bantuan. Tidak akan miskin orang yang bersedekah. 

Sumber: @prof_dr_firdaus

Like & Follow FACEBOOK

Baca lagi: Lelaki yang dibantu tak dapat dikesan, wartawan dedah YB DAP beri motor hanya fake political stunt

Baca lagi: (Kisah Pilu) – Buat insan prihatin, ibu ini harapkan doa dari semua supaya ada keajaiban di bulan Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s