Apa hukum suami isteri bermanja-manja pada siang hari Ramadhan? Ini penjelasannya – Dai Syafiqah

 

Seperti sedia maklum jika suami isteri melanggar syarat, melakukan terus hubungan intim pada siang hari bulan Ramadhan, si suami perlu membayar kafarah tersebut.

Tetapi ada pula persoalan yang menyatakan apa hukum suami isteri bermanja-manja pada siang hari bulan Ramadhan maklumlah lumrah pasangan ini adakalanya time bulan puasa ni la tiba-tiba nak manja. Perosalan ni dijawab oleh Dai Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah di laman sosialnya.

Hadis daripada Sayyidatina Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW mencium salah seorang daripada isteri baginda dalam keadaan sedang berpuasa”. (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain Sayyidatina Aisyah RA juga berkata: Rasulullah SAW mencium dalam keadaan berpuasa dan baginda juga bermesaraan dalam keadaan baginda berpuasa, akan tetapi bagindalah yang paling memiliki anggotanya (menahan nafsu). Riwayat Abu Daud 

Hasil rujukan dari hadis tersebut: Pendapat Imam Syafi’e yang dinyatakan oleh Imam An-Nawawi hukumnya makruh bagi kepada mereka yang kuat syahwatnya.

Bagi sesiapa yang mampu mengawal nafsunya maka ia tidaklah makruh.

Bagi Dai’ Syafiqah seeloknya bulan mulia ni tinggalkan lah dahulu di siang hari kerana takut boleh menyebabkan terkeluar air mani dan dorongan untuk melakukan persetubuhan dengan sengaja.

Like & Follow FACEBOOK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s