Selamat tinggal 'Giraffe' – Lee Kwang Soo meninggalkan Running Man

 

Running Man adalah sebuah variety show Korea yang terkenal di seluruh dunia. Ia mengenengahkan permainan dan persaingan antara ahli untuk menjadi pemenang setiap episod. Permainan dalam rancangan ini melibatkan aktiviti fizikal dan mental. Ia juga mengasah keupayaan berfikir di luar kotak di samping dihidangkan dengan adengan yang sangat melucukan. 

Tidak hairahlah jika Running Man menjadi salah sebuah rancangan yang terkenal di dunia. Mereka juga sering mengundang tetamu jemputan yang terkenal seperti Tom Cruise, Ryan Renolds, Jackie Chan, Black Pink dan ramai lagi. 

Mereka terdiri daripada 8 orang ahli iaitu Yoo Jae Soek, Ji Suk Jin, Haha, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Jeon So Min, Yang Se Chan dan Lee Kwang Soo. Namun salah seorang anggota Running man iaitu Lee Kwang Soo, telah memberikan pengkhabaran yang mengejutkan peminatnya di seluruh dunia. Dia telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada variety show tersebut. 

Melalui agensinya iaitu King Kong Entertainment, Kwang Soo akan mengundurkan diri daripada Running Man setelah 11 tahun menjadi ahli. Keputusan sukar ini dibuat hasil daripada perbincangan yang panjang antara ahli Running Man, kru penerbit dan agensi kerana berkait dengan kesihatan Kwang Soo yang terpaksa menjalani rawatan rehabilisasi sehingga kini disebabkan kesan daripada kemalangan yang dialaminya pada tahun lepas. 

Kwang Soo adalah seorang ahli yang sangat berpengaruh di dalam Running Man. Beliau menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan program realiti tersebut. Beliau juga digelar sebagai  Giraffe kerana ketinggiannya dan Asia Prince dalam kalangan peminatnya. 

Sikapnya yang tamak, tidak jujur dalam permainan, kelakar dan bersemangat telah menjadikan beliau salah seorang ahli Running Man yang takkan di lupakan. 

Sebelum ini Gary yang juga ahli tetap Running Man telah mengundurkan diri daripada variety show tersebut kerana tertekan dengan kerjaya dan masalah peribadi. Ahli-ahli lain juga turut menerima pelbagai rawatan kesihatan semasa menjalani shooting Running Man disebabkan  permainan Running Man banyak menumpukan aktiviti fizikal. 

Syuting terkahir Lee Kwang Soo bersama Running Man berakhir pada Isnin 24 May tahun ini. Semoga Lee Kwang Soo mendapat rawatan yang cukup dan akan kembali lagi ke Running Man. Selamat maju jaya Lee Kwang Soo!! Terima kasih untuk ‘larian’ selama 11 tahun. 

Sumber: kingkong entertainment

Like & Follow FACEBOOK 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s