Ummi Kalsum menumbuk, menampar dan menekap seterika ke tubuh pembantu rumah

 

Seorang wanita warga Singapura Ummi Kalsum menghadapi pertuduhan mendera pembantu rumah warga Indonesia iaitu Sugiyem binti Samad Radimah (49) sehingga menyebabkan kecederaan parah pada badannya.

Ummi telah  menampar Sugiyem pada bahagian muka dan telinga serta menumbuknya di bahagian mata  sehingga merosakkan penglihatan mangsa selama-lamanya. Beberapa peralatan rumah turut digunakan untuk mendera Sugiyem termasuk penyangkut baju dan seterika. 

Ummi juga telah menekap seterika panas ke lengan mangsa. Ummi menghadapi 10 pertuduhan.  Beliau boleh didenda dan dipenjara atas pertuduhan tersebut. Kes ini terbongkar apabila Sugiyem berjaya membuat laporan polis pada 30 Oktober 2020 sebelum pulang ke Indonesia. Memandangkan sebutan kes masih berjalan, Sugiyem diminta untuk datang semula ke Singapura untuk membantu perjalanan kes. 

Ummi juga didakwa tidak memberikan bantuan perubatan segera kepada mangsa ketika mangsa dalam keadaan tenat dan kesakitan. Dia juga tidak membayar gaji mangsa daripada bulan Februari hingga Oktober tahun lepas dan pada jangka waktu tersebut Sugiyem didera tanpa belas kasihan. 

Sumber:Agensi

Like & Follow FACEBOOK


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s