Terkini: Wanita ditampar dengan sayur oleh pemilik kedai warga asing (Video)

 

Seorang pemilik akaun facebook bernama Hanim Abdul Aziz memuat naik rakaman video kakaknya yang di tampar dengan  sayur oleh seorang warga asing. Mangsa telah membuat laporan polis atas kebiadaban yang dilakukan oleh warga asing tersebut. 

Menurut kejadian, mangsa yang tinggal di blok C PPR Lembah Subang Petaling Jaya telah menyuruh anaknya membeli air minuman F&N Strawberry di kedai runcit  yang terletak di bawah flat tersebut. Setibanya anaknya di rumah, dia memberitahu air berkarbonat tersebut berharga RM2.90 sedangkan pada label hanya berharga RM2.50. Beliau tidak berpuas hati lalu turun ke kedai.

Sewaktu di kedai mangsa bertanya mengapa harga air minum yang dibeli tersebut tidak sama dengan harga pada label? Lelaki tersebut tidak menjawab lalu marah dan memakinya dengan perkataan bodoh. Mangsa berang lalu merakam video lelaki tersebut. Ketika imejnya dirakam, suspek sedang mengikat sayur kemudian keluar daripada kaunter sebelum menampar kepala mangsa menggunakan sayur. 

Kemudian mangsa pergi ke balai polis kerana berasa tidak puas hati selain ingin melaporkan perkara tersebut kepada KPDNKK. Selain itu, pemilik akaun turut mendakwa warga asing tersebut memiliki kad pengenalan. Menurutnya lagi, walau perbezaan harga nampak kecil tetapi dia tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga. Apatah lagi kakaknya seorang ibu tunggal. 

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. 

Sumber:Hanim Abdul Aziz

Like & Follow FACEBOOK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s