Kajian mendapati ramai isteri pendam walau kena dera dengan suami bertahun lama

 

Mengenang nasib itula diceritakan adik beradik arwah yang meninggalkan 4 anaknya yang masih kecil.

Pada bulan lalu negara digemparkan kes penderaan isteri oleh suami, malangnya perbuatan suami tersebut didiamkan oleh si isteri sehingga harini si isteri memghembuskan nafas terakhir.

Kisah Siti Khadijah oleh abangnya: 

Allahyarhamah Siti Khadijah Abd Manaf, 32 thn meninggal dunia di hari raya aidilfitri dalam keadaan yang begitu tragis dan menyayat hati. Arwah meninggal akibat dari kesan penderaan teruk oleh suaminya.(pendarahan teruk pada otak). Jenazah arwah telah dikebumikan sebentar tadi di Kg Telok Wang, Sungai Petani.

Paling menyentuh hati, bila saya turut diceritakan oleh abang si mati tadi, bagaimana kisah dan derita yang disembunyikan oleh arwah sejak begitu lama.. ianya kerana arwah lebih meletakkan kepentingan anak-anaknya daripada mengadu ttg perbuatan suaminya yang tak berhati perut.

Saya diceritakan, sewaktu melahirkan anak ke-4, arwah melahirkan cahayamatanya bersendirian di bilik air..dan hanya mampu mengagahi diri menelefon abg nya yg kemudian bergegas dan terpaksa memanjat pagar utk memasuki rumah yg didiami arwah waktu itu di Bandar Puteri Jaya.

Ini kerana hari sebelumnya, arwah dibelasah, disepak terajang oleh suaminya walaupun dlm keadaan sarat dan tunggu masa utk bersalin. keadaan arwah begitu lemah..😥

Rasa amat sebak bila lihatkan anak bongsu arwah, Mohd irfan Arshad (2 tahun) yang sedang lena atas buaian yang tentunya belum mengerti apa-apa dan 3 lagi, kakak sulung dan 2 abang nya. iaitu Alia Nadrah Qaisara( 8 thn), Abdul Raziq (5 thn) dan Abd Wafiy (4 tahun)…

Pada lebih kurang jam 2.30 pagi, 14 mei 2021 (Jumaat/raya ke2).. arwah akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir di hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.. terlerai sudah derita nya di dunia. 

Al – Fatihah..(dibaca)

*Pada yang ingin membantu anak-anak arwah, boleh berbuat demikian dengan menyumbang  ke akaun:

Bank Islam 

02114020140880

Marina bt Mohd Isa (mak saudara ank2 arwah)

Sila maklumkan atau menelefon ke nombor 014 6712735 .

UPDATE TERKINI .

Fakta  tidak tepat dan maklumat yang tidak lengkap yang ditularkan di socmed tentang berita kematian arwah Siti Khodijah telah mengheret kepada fitnah yang berangkai.

    Sehingga saat ini .. jenazah arwah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Tetapi … tular di socmed bahawa jenazah telah selamat dikebumikan.

    Alhamdulillah .. ujian saringan covid ke atas jenazah didapati negatif. Jenazah akan dibedah siasat esok dan akan kebumikan sesudahnya.  Waris juga telah hadir ke IPD dan selesai memberi keterangan lanjut sebentar tadi.

    Utk pengetahuan semua .. arwah adalah adalah anak ke 4 dari 5 adik -beradik. Setelah ayah mereka meninggal dunia , ibu berkahwin lain dan mempunyai seorang anak perempuan, sebelum suami keduanya juga meninggal dunia.  

    Marina Bt Mohd Isa ( 21 tahun pelajar IPTS yang sedang praktikal ) ialah adik kepada arwah Siti Khodijah satu emak, berlainan bapa. Nombor akuan beliau sebagai ibu saudara kepada anak -anak itulah yang telah ditularkan.  

    Bagaimana pun .. pihak keluarga lebih memerlukan doa semua di luar sana agar segala urusan ke atas arwah dipermudahkan dan mohon disedekahkan al fatihah buat arwah.

     Mewakili pihak keluarga, kami mengucapkan ribuan terima  kasih juga atas segala sokongan semua pihak kepada keluarga arwah …

Al Fatihah 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s