Sepasang suami isteri non muslim diserbu slps menggunakan nama "Kak Siti Ayam Penyet" dalam foodpanda (halal)

JB Johor – Tindakan sepasang suami isteri berbangsa Cina menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet dalam pendaftaran Food Panda kantoi semalam.


“Mereka telah menggunakan nama melayu Islam sebagai jenama makanan mereka untuk mendapat pesanan yang banyak”. 


Penipuan sepasang suami isteri itu terbongkar selepas seorang penghantar makanan FoodPanda berasa pelik dan hairan kenapa beliau menerima pesanan dari pelanggan dan pembuatnya bukan beragama Islam.


Disini kita takut mereka (bukan beragama Islam) menggunakan bahan mentah yang tidak halal, bekas makanan yang terkena najis binatang seperti anjing dan babi.

Selepas berasa was-was, penghantar makanan itu terus melaporkan kepada pihak MBJB dan tidak berapa lama kemudian penguatkuasa MBJB telah melakukan serbuan ke rumah pasangan itu.


Kebetulan mereka sedang berada di hadapan rumah sambil mengemas barangan masakan mereka.


Pihak MBJB telah mengambil tindakan dengan memberi notis penutupan serta merta kerana sepasang suami isteri berbangsa Cina itu menggunakan nama Kak Siti Ayam Penyet dan ditempah dalam Food Panda (Halal). 

Pihak MBJB juga memberi notis kepada pasangan itu kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa kebenaran.


Peniaga atau pasangan itu diberi tempoh untuk menunjukkan bukti penutupan dengan tindakan segera dan jika gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan kompaun serta tindakan mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s