Kanak-kanak maut rumah terbakar, ditinggalkan berseorangan di rumah kerana lockdown

 

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia akibat ditinggal bersendirian di sebuah kondominium The Rise Collection II , Georgetown Pulau Pinang. 


Ibu mangsa telah pergi ke kedai dengan membawa bersama adiknya yang masih kecil. Ketika tiba di kedai, ibunya telah membuat panggilan  video kepada mangsa. Alangkah terkejut bila melihat kepulan asap di rumah mereka dan bergegas pulang. 


Ketika sampai dirumah, kelihatan mangsa sedang terbaring kerana terhidu asap. Mangsa disahkan meninggal dunia.  Hampir 70 peratus bahagian rumah telah dijilat api. Namun api berjaya dikawal pada pukul 9.36 pagi. 

Ramai netizen menunjukkan rasa simpati kepada mangsa, apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan akibat virus Covid. Jumlah isi rumah yang keluar membeli barang keperluan terpaksa dihadkan kepada seorang atau 2 orang sahaja. Hal ini menyebabkan ramai meninggalkan anak di rumah kerana dikhuatiri akan disaman oleh pihak penguatkuasa.

Salam takziah untuk keluarga mangsa.


    

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s