(Isu Hina Agama) – Ayah Rani saran lapor polis jangan bertindak sendiri

Selepas beberapa orang direman tempoh hari kerana bertindak sendiri, harini Ayah Rani keluarkan kenyataan suapaya warganet berhati-hati takut kita pula ditahan.


Apabila kita mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan kekerasan kepada mereka yang menghina agama dikhuatiri kita pula ditahan.


Berikutan itu, ada juga mengatakan hal agama ini sangat berat, kita perlu bagi pengajaran dahulu sebelum hantar ke penguasa kalau tidak mereka tak makan saman.


Dalam pada itu, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu agama yang cuba dicetuskan segelintir pihak sepatutnya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.


Kata Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, ia lebih elok berbanding mengambil tindakan sendiri seperti pergaduhan sekumpulan penghantar makanan  dengan pelanggan yang menggunakan nama ‘Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’ baru-baru ini.


Jelas beliau, ketidakpuasan hati sepatutnya dilepaskan melalui laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.


Menurutnya isu sensitiviti agama akan semakin buruk sekiranya video-video pergaduhan tersebar meluas menerusi laman sosial, seperti yang berlaku baru-baru ini.


“Ayah nasihatkan terutama Foodpanda jangan ambil tindakan sendiri, buat laporan polis, dapat maklumat lengkap buat laporan apabila pergaduhan berlaku ia mengeruhkan keadaan, dikaitkan dengan isu sensitiviti dan boleh menjadikan keadaan tidak terkawal kerana perkara ini dimuat naik di media sosial,” katanya.


Beliau terdahulu hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak untuk membuat laporan polis berhubung tiga perkara yang mengaitkan tentang isu agama dan ditularkan di media sosial baru-baru ini.


Laporan polis pertama adalah berhubung pergaduhan penghantar makanan dengan pelanggan yang menggelarkan dirinya anak Tuhan.


Kedua, berkaitan dengan tindakan pemilik akaun Love Of LGBTQ Malaysia yang didakwa telah menghina agama Islam dan seterusnya adalah penghinaan terhadap ayat suci al-Quran.


Rani turut memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak sewenangnya membangkitkan isu agama yang jelas menyentuh sensitiviti majoriti rakyat negara ini.


Semua pihak sepatutnya tahu batas yang perlu diamalkan dalam hidup bermasyarakat di negara ini supaya perpaduan dapat dikekalkan, katanya.


“Kalau mahu senang jangan sentuh isu agama, jangan main isu agama. Ayah seru rakyat Malaysia, seru perpaduan dalam negara kita,” tambahnya.


Beliau turut menggesa agar pihak polis, mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini dengan segera, sebelum berlaku perkara yang tidak dapat dikawal.


Untuk rekod, semalam polis menahan lima penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan beramai-ramai dengan seorang lelaki yang merupakan pelanggan di kawasan Sungai Way pada Jumaat lalu.


Menurut laporan media, Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan yang tidak berpuas hati dengan pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.


Malah pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya menerusi aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.


Perkataan yang diviralkan penghantar makanan tersebut iaitu ‘Ardilas anak Tuhan, Tuhan Allah Taala’.


Dilaporkan, akibat perkataan yang menghina Islam itu, menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan yang kemudian pergi ke rumah pelanggan tersebut dan bertindak memukulnya.


Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dianggap dengan sengaja menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti agama orang lain dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s