Adik ini menjadi penghantar makanan jualan ibunya. Tapi ramai pulak yang teringatkan Nurin Jazlin

 

Seorang pemuda telah memuatnaik sebuah video  memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang comel sebagai penghantar makanan. Kanak-kanak ini menolong ibunya menghantar makanan ke rumah-rumah jiran yang telah memesan makanan daripada ibunya.  


Dia menghantar makanan dengan menggunakan  basikal merah jambu mirip seperti food panda. Pemuda tersebut juga mengenali kanak-kanak ini dan keluarganya. Dia kerap memesan makanan daeipada ibunya dan memberikan wang extra kepadanya sebagai upah menghantar makanan. 


Walau bagaimanapun, segelintir netizen berasa bimbang akan keselamatan kanak-kanak tersebut. Masing-masing teringatkan kisah pembunuhan sadis adik Nurin Jazlin yang di bunuh dan dikerat kepada beberapa bahagian ketika pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri. 


Namun, ada yang mendakwa kejiranan di  kawasan flat tersebut sangat akrab dan masing-masing mengenali antara satu dengan yang lain. Tambahan pula, adik tersebut hanya menghantar makanan di tingkat rumahnya sahaja sambil dipantau ibu ayahnya dari jauh. 


Netizen juga turut mendoakan semoga adik Humaira dimurahkan rezeki dan sentiasa membantu ibu dan ayah. 


Walau bagaimanapun ibu ayah  diharap tidak terlepas pandang dengan anak-anak kecik yang berseorangan di luar. Jiran-jiran juga harus peka dan memantau anak-anak jiran supaya tidak terlibat sebagai mangsa jenayah masa kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s