Kemalangan jalan raya | Nurul Izzati baru berkahwin 4 bulan maut di tempat kejadian

 

Sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan selama 4 bulan lalu berakhir dengan satu tragedi menyayat hati.


Kereta yang dipandu suami Muhammad Syarifuddin Ramli 25, itu telah dirempuh oleh sebuah kereta Mercedes-Benz dari arah bertentangan. 


Oleh sebab kejadian itu, suami mengalami cedera parah manakala isteri Nurul Izzati Zainal Abidin 25, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala kaki dan tangan. 


Kejadian berlaku pada jam 8.45 malam di Kilometer 73 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat berhampiran Kampung Ayer Baloi. 


Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata pasangan suami isteri itu  dalam perjalanan dari Benut menuju ke Pontian menaiki Naza Sutra. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Alsagoff Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata sembilan anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk proses mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Kedua-dua mangsa atau sepasang suami isteri itu dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas kemalangan.


Mangsa yang menaiki kereta Mercedes-Benz hanya cedera ringan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s