Jenazah bayi 3 bulan terbiar semalaman kerana kesempitan hidup

 

Seorang wanita berasal daripada kampung Bangau-bangau Semporna, Sabah menghadapit detik hitam apabila bayinya berusia 3 bulan telah meninggal dunia. Dia hanya mendakap bayi tersebut  dan menangis semalaman kerana tidak berkemampuan menguruskan jenazah anaknya yang telah meninggal dunia.


Lebih menyayat hat sebelum itu, dia telah memaklumkan kematian bayinya kepada orang sekeliling, tetapi tiada bantuan yang diberikan. Pada waktu pagi wanita tersebut masih menangis dan memeluk anaknya  sehingga disapa oleh salah seorang sukarelawan rumah ngaji. 


Mereka berasa terkejut dan terus membantu wanita berkenaan untuk menguruskan jenazah bayi tersebut. Rumah ngaji adalah sebuah NGO yang ditubuhkan untuk membantu orang ramai untuk mempelajari al-Quran dengan percuma. 


Namun, menguruskan jenazah adalah satu kewajipan fardhu kifayah. Oleh itu, rumah ngaji  membantu wanita berkenaan dengan ditemani oleh 3 orang ustaz di kampung tersebut. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 1.30 petang. 

Selepas kejadian itu, wanita tersebut masih dalam keadaan trauma. Dia hidup menumpang disebuah rumah dengan seorang lagi anaknya berusia 2 tahun. Suaminya telah dipenjara selama setahun akibat kesalahan mengambil dadah. Team rumah ngaji berbesar hati telah memberikan sumbangan barangan keperluan dan barangan lain yang bersesuaian kepadanya. 


Ramai netizen berasa sangat marah dengan tindakan jiran-jiran wanita berkenaan. 

Walaupun warga asing, bukan alasan untuk membiarkan jenazah bayi tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s