Ini pentingnya kita ambil tahu jika jiran sedang kuarantin di rumah | Info

 


Kes ini diceritakan sendiri oleh seorang doktor pakar Anaesthesiology dan rawatan rapi iaitu Dr Hana Hadzrami. Ada sebuah keluarga ni sedang kuarantin di rumah kerana dijangkiti Covid.


Tiba-tiba pada satu masa salah seorang jiran mereka mensyaki sesuatu datang dari rumah keluarga yang sedang kuarantin di rumah ni. Jirannya terbau sesuatu yang busuk. 


Dengan mengetahui rumah tersebut didiami dua beradik yang sedang dijangkiti covid, jiran ini telah memanggil ambulans datang.


Semasa masuk ke dalam rumah terlihat seorang lelaki sudah terbaring separuh sedar di ruang tamu dengan paras oksigen 40% sahaja. Manakala dalam bilik ada ma.yat wanita mulai reput sama ada adik atau kakak pada lelaki tersebut. Entah berapa lama dah meninggal dunia.


Sebenarnya mereka berdua sudah dijangkiti covid dan sedang menjalani kuarantin di rumah, dah lebih dari 10 hari lelaki tersebut bergejala.


Sebaik tiba di hospital, lelaki tersebut di intubasi, dia sangat kritikal dengan beberapa organ terjejas akibat hypoxia. Dia mungkin tak tahu nak pantau paras oksigen semasa di rumah. Tahu-tahu dah pengsan bila oksigen tak sampai ke otak.


Terbayang saat-saat akhir mereka berdua di rumah.


Sesiapa yang ada jiran menjalani kuarantin, silalah ambil tahu. Jika anda positive covid janganlah mendiamkan diri berseorangan dalam rumah. Beritahulah ahli keluarga atau kawan-kawan. Ini hari mereka, mungkin kemudian hari kita pula.


Berikut beberapa tips perlu disediakan


* Perlu ada portable oxymeter di rumah in case ada jiran atau saudara mara yang positive covid boleh hadiahkan untuk pantau paras oksigen di rumah. Tak mahal mana pun.


* Sila ambil tahu hal keluarga/jiran/saudara bila mereka kuarantin di rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s