Perancangan untuk hamil anak kembar | Dr Hamid Arshat kongsi 8 tips

Tak nafi semua pasangan idamkan anak kembar, sama ada dari keluarga bergenetik kembar mahupun tidak. Sebab bila tengok ada je pasangan punyai anak kembar rasa comel jer geram, tapi adakah kita sudah cukup ilmu bila ada perancangan nak anak kembar. Sapa tahu kan! Jika kita cuba kaji, dan banyak membaca dan kita apply semua ni boleh mendatangkan hasilnya. 


Dr Hamid Arshat pakar sakit puan berkongsi 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.


Berikut ini perkongsian beliau: 


Tahniah kepada Puan Diyana yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.


1. Orang asia 1-2% 


Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.

Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %

Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.

Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.


2. Keturunan kembar sebelah ibu 


Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.


3. Hamil umur 40 tahun ke atas


Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.


4. Wanita amalkan supplement vitamin dan folid acid


Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.


5. Makan produk tenusu


Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.


6. Makan keladi dan ubi


Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.


7. Hormon subur


Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.

Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.


8. Rawatan Iui & Ivf 


Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.


Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.


Dr Hamid Arshat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s