Pergerakan Pemuda Umno lapor polis, PM-8 sudah tumbang secara tak rasmi?

 


Apapun semua perlu menunggu titah Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara ini atas sebab situasi wabak covid-19. Namun ada beberapa perkara telah wujud boleh jadi sebab PM8 harus meletakkan jawatan.


14 ahli parlimen telah menarik dari sokong Kerajaan Perikatan Nasional menjadikan kedudukan sokongan terhadap Perdana Menteri tinggal 100 ahli parlimen yang mana sebelum ini 114, justeru hilang majoriti. 


Jadi laporan polis ini dibuat berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan apabila kerajaan hilang majoriti status Perdana Menteri telah tumbang.


Oleh itu, Perdana Menteri seolah-olah sudah hilang keabsahannya dan mesti segera meletakkan jawatannya berasaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang Dipertuan Agong.


Namun Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa di bawah Klausa (2)(b) dalam Perkara 40 untuk menolak permintaan Perdana Menteri bagi maksud pembubaran Parlimen atas situasi pandemik Covid-19 yang masih meruncing ketika ini. Jika ini berlaku, maka Perdana Menteri tiada pilihan lain melainkan untuk meletakkan jawatan.


Isu keabsahan status Perdana Menteri amat kritikal dan serius kerana memberi implikasi besar terhadap segala urusan pentadbiran dan hal ehwal Kerajaan dan negara. Ini termasuklah:


– Status keabsahan sebarang kelulusan oleh Perdana Menteri terhadap dasar-dasar dan polisi-polisi baharu Kerajaan;


– Status keabsahan segala pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan termasuk yang terbaru berjumlah RM11.5 billion.


– Status segala kontrak dan waran yang diluluskan oleh Perdana Menteri yang sudah hilang keabsahan.


Malah, isu yang paling besar apabila Perdana Menteri sudah hilang keabsahannya, maka di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri sudah hilang kuasa yang diperuntukkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.


Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan lantaran sudah hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen, sekaligus mengelakkan implikasi besar terhadap keabsahan segala urusan Kerajaan dan negara yang boleh dipersoalkan kelak.


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s