"Dua malam tidur bertemankan p0cong"…

 


Ikuti perkongsian kisah benar daripada saudara Keroll mengenai pengalamannya berjumpa pocong. Baca sorang-sorang tengah malam, tutup lampu. Memang seram habis. Enjoy korang! 



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya tak tau samada pengalaman saya ini menyeramkan atau tak, kerana ada beberapa lagi pengalaman nyata yang saya alami sejak kecil hingga skrg. Ada yang berlaku siang hari tanpa saya sedari dan setelah beberapa lama baru tersedar makhluk yang saya bertembung atau tegur atau saya senyum atau saya tak sengaja ajak berborak adalah makhluk sebalik nyata.


Pengalaman tidur dengan pocong ni berlaku di utara di rumah sewa saya semasa belajar, lokasinya biarlah rahsia. Kami sewa seramai 7 orang dan hanya saya seorang saja yang suka tidur di ruang tamu seorang diri dengan semua tingkap terbuka sebab saya sukakan udara segar dan bauan malam. Saya juga seorang yang suka jaga dan buat hal sendiri dan bercampur dengan housemate bila perlu dan penting.


Pada malam kejadian habis buat assignment, saya pergi lepak dan minum di gerai berdekatan rumah seorang diri hingga 1230am. Cam biasa lepas minum terus balik jalan sorang2 tapi saya sengaja ikut jalan lain supaya bila balik letih dan boleh terus tidur lena. Bila sampai rumah mmg dah gelap sbb semua dah tidur, saya cam biasa buka semua tingkap sbb saya suka udara malam dan ada sikit cahaya lampu jalan masuk, saya baring atas lantai dan tenung tingkap sampai terlena.


Tiba-tiba saya terjaga tanpa sebab, tengah mata mamai tu saya pandang kiri line clear, bila toleh kanan cam ada rupa bantal pelok atau sosok badan orang yang kecik paras bahu saya. Antara 7 housemate ni mmg ada 1 orang yang berbadan kecik takat bahu kami yang lain, kami panggil dia “Kecik”.


Saya ingatkan si Kecik ni bangun dan sengaja nak tido kat ruang tamu jadi saya sambil baring mamai pun kejut dan tolak2 si “Kecik” niii supaya dia p tido kat tmpt dia… Dia buat bodoh jerrr, kali ni saya cucuk2 samada lengan or badan sbb mamai dan baring pon dia x bangun jugak… jadi saya bangun dan duduk cucuk2 dan cuit2 badan dia…x bangun juga cam orang mati keras…dalam samar cahaya tuu saya tengok si Kecik ni pakai selimut putih ketat2 dr kaki smpi muka…kejadahnya dia selimut ketat??? Tapi selimut putih dia cam ada kotor2 calit2 hitam cam kesan minyak atau lumpur…


Kali ni saya cuit dan cucuk x bangun tapi saya cam perasan setiap kali cucuk dan cuit tangan saya cam tembus ke dalam selimut tuu…Bayangkan cam kita cucuk2 Asap TEBAL, saya masih x sedar itu pocong sbb mmg positif itu adalah KECIK.. pastu saya x puashati p tgk muka si KECIK niii…


Yang ni mmg pelik, muka KECIK ni hitam legam cam hangus terbakar, kulit cam mengelupas dah x nampak mana hidung, mulut, mata dan pp…saya cuba tampar pp KECIK pon cam tembus gakk…Bila nak tampar lagi dia terus bukak mata tapi mata dia semuanya putih soo saya pon rasa lega sbb KECIK dah sedar dan boleh halau dia p tido tmpt dia sendiri…sbb saya x suka orang tido sebelah cam merapat ke badan saya susah saya nak berguling2 atau ubah posisi mengiring kiri or kanan..


Bila si KECIK buka mata dan saya dah kurang mamai…saya kata dan suruh KECIK bangun segera, bawak segala selimut dia tido tempat asal dia…KECIK diam dgn mata putih semua terbuntang…Saya geleng kepala jerrr sbb KECIK ni mmg Degil, bila saya nak tampar kali ke 3… tiba2 1 badan si kecik ni cam berguling2 setempat tapi kejap jer then stop…saya kata bangun p balik tmpt dia…


Lawaknya si KECIK ni bole bangun tegak dengan laju sekali dengan selimut kotor ketat bodoh dia tuuu dan berdiri rapat ke dinding dan tengok jer kat saya…bayangkan kalu kita bangun tido mesti duduk dulu then pelan2 bangun dgn tangan kita tampung untuk bangun tapi si KECIK bole bangun badan tegak terus berdiri…cam kita bangunkan almari yang baring dan tegakkan almari…camtu laa aksi laju si KECIK nii…


Saya kata lagi ko dah berdiri tegak then saya kata ko p tido tmpt ko jgn ganggu kat ruang tamu sbb ruang tamu ni hantu suka tido…saya mmg mulut agak berbudi bahasa…lepas cakap camtu si KECIK ni pelan2 bergerak ke kiri ke kanan tapi kaki dia terikat dgn selimut bodoh dia…pastu pelan2 dia gerak ke belakang dah hilang senyap…


Saya lega dan sambung baring, tp x bole tido sbb ada bauan hangit terbakar kuat giler lepas si KECIK yang pada jangkaan saya berambus p tmpt tido dia… saya bangun p carik si KECIK then nampak kecik mmg tido kat tmpt dia dan dah x pakai selimut ketat dia… cuma bau hangit tu masih ada jadi nak hilangkan bau hangit saya on kipas siling then pelan2 bau hilang…soo saya sambung tido cam biasa cuma x berapa lena sbb terganggu dengan si KECIK…masa ni mmg tak terpikir langsung benda tu adalah pocong…


Saya perasan dia adalah pocong setelah malam ke 2, jadi selama 2 malam saya tido bertemankan Pocong


Malam kedua paling dahsyat……….jeng ..jeng ..jeng




Kejadian malam ke 2 ini melibatkan saya, kecik, Razman dan pocong.


Sila baca atas tanggungan risiko sendiri, kalu ada pocong dok sebelah tumpang baca atau ada suara burung hantu nyaring dan bauan tak menyenangkan atau día ketuk2 bahu kalian sooo tanggung sendiri. 


Kejadian Pocong malam semalam saya rahsiakan daripada housemate lain sebab saya masih berfikiran positif makhluk malam semalam adalah Kecik. Kami semua kuat bergurau dan Kecik adalah seorang yang licik tapi baik hati, kelakar, dan penakut sikit. Razman pula seorang yang selamba, tegas dan berani juga. 


Pada malam ke 2 ini, kami semua macam biasa akan berjemaah ke gerai berdekatan rumah untuk makan malam dan lepak lepaskan tekanan. Pada masa ini Kecik dan Razman kata mereka hendak tidur di ruang tamu dan saya kata OK!! Sedang kami semua rancak berbual, saya bagitau mereka saya nak balik dulu sebab tak tahan mengantuk. Pada waktu ini seingat saya sudah hampir 12 pm. Kami berpesan bersama supaya  tak akan kunci pintu dan mereka boleh masuk rumah macam biasa. Sampai rumah tutup lampu terus tidur. 


Saya mudah terjaga dan merasakan ada sosok badan orang hitam kerana membelakangi cahaya lampu neon jalan sedang mengintai-intai mundar mandir kiri kanan bingkai tingkap di ruang tamu, melihat ke dalam rumah. Saya sangkakan itu adalah Kecik cuba nak kenakan saya dan saya kata pada Kecik tak payah intai-intai nak takutkan atau kenakan saya, pintu tak berkunci sila masuk macam biasa, kalau si Kecik ni yang terakhir masuk kuncikan pintu. Ini adalah kesilapan saya kerana menjemput “Kecik pocong”masuk rumah. Semasa beri amaran pada “Kecik”di luar rumah saya tidak teringat untuk melihat samada Kecik dan Razman tidur di ruang tamu atau bilik mereka atau dah balik ke rumah atau belum balik langsung sbb mmg positif mereka berdua masih melepak di luar. Selepas beri amaran saya sambung tidur. 


Saya terjaga lagi sebab Razman berdengkur, saya buka mata tenampak Razman tidur di hujung berhampiran dinding yang ada tingkap semasa “Kecik” mengintai tapi saya tak nampak Kecik. Mungkin Kecik tidur dalam tandas kot. Nak sambung tidur saya ternampak “Kecik” berdiri lagi di hujung ruang tamu rapat ke dinding seperti malam semalam. Hanya berdiri kaku seperti menyanyikan lagu NEGARAKU, mungkin “Kecik” sedang berlatih teater dan dinihari masa sesuai menghayati watak. Sesekali Kecik seakan berpusing kiri kanan sambil membongkok sikit. Saya perhatikan jer dan kata kat Kecik tidurlah ada banyak ruang kosong untuk kau menyelit. Kecik terus laju baring ditengah antara saya dan Razman. Saya kata bagus lain kali nak mengigau NEGARAKU buat dalam bilik air siap sedia dengan sabun. Ruang tamu ni kawasan aku jangan buat onar, sila hormati tuan ruang tamu.


Lepas beri amaran ni saya terdengar seperti  “kecik” mengigau bersuara seperti suara burung hantu Cuma suaranya agak nyaring dan halus. Saya buka mata dalam keadaan baring telentang, terkejut sebab muka “kecik”yang hitam legam mengelupas dengan mata putihnya merenung muka saya tepat dalam jarak mungkin 2 jengkal día mengiring dengan badan bukannya tolehkan kepala pandang saya. Kemudiannya “kecik” mendekatkan mukanya sejengkal dari muka saya, dia ulang aksi tersebut 4, 5 kali dengan agak laju hingga tapi saya hanya lihat seperti orang bodoh. Aksinya yang sama día berpusing ligat dalam keadaan baring dan berhenti mukanya memandang tingkap. Seolah día merenung ke luar jendela tapi saya antara separa sedar seperti melihat “kecik” berdiri laju tegak dan macam terapung memijak perut Razman yang tidur posisi terlentang. Saya hanya mampu melihat perbuatan “kecik” tersebut berdiri atas perut Razman cam kena pukau.


Masa ni baru perasan ini bukan Kecik sbb Razman tido mati x bergerak atau tersedar sbb “Kecik” seolah pijak2 perut día. Masa ni saya x bole nak bergerak dan kejutkan Razman. Badan saya cam berat  terkunci, pinggang dan perut seolah kena jerut kuat, mulut keluar suara tp x boleh bersuara kuat seperti leher kena cekak, dalam hati baca jer segala doa. Dapat bersuara panggil Razman tp día tetap tido mati. Bila saya dapat bergerak terus pergi bilik Kecik dan nampak Kecik dah lena. Terus lari balik ke ruang tamu dan saya nampak Pocong tu berdiri kat kepala Razman. Saya ambil penyapu dan cuba halau tp Pocong ni telus cam kabus cucuk2 dengan penyapu seolah telus dan tembus. Día legar2 dan pusing2 kat keliling Razman. Saya paksa Azan Kali ni pocong cam marah dan día baring atas badan Razman. Saya cuba Tarik Razman tapi badan día berat kaku tapi masih bernafas. Pocong tu tetap baring atas Razman dan perlahan berbau hangit kuat dan día terus bangun terbang berlegar dalam ruang tamu dan terus ke dapur. Cuba kejutkan Razman tp día tetap x bangun dan Pocong tu tetap terapung berlegar di dapur x henti, serabut pulak mata n kepala tengok día melayang cam lipas kudung. Bau hangit semakin kuat dan saya Azan lagi dan Pocong tu terbang berlegar laju pusing2 dengan suara nyaring burung hantu cam marah2 di dapur seolah cari jalan keluar, saya terpaksa la beranikan diri buka pintu depan dan dapur.  Barulah pocong ni terbang melayang keluar ikut pintu dapur dan berdiri di tingkat 2 rumah belakang end lot yang baru terbakar 2 minggu sebelumnya. Kebakaran rumah ni menyebabkan 1 ahli keluarga mati rentung dan maybe Iblis ambil peluang menyerupai mangsa yang terbakar rentung dan berbau hangit daging terbakar, dan cuba ganggu manusia. Rumah terbakar ni antara 2 3 pintu jarak dr rumah kami, tp rumah kami barisan depan, pocong tu barisan belakang. Saya biarkan pintu2 terbuka dan berjaga hingga azan subuh takut pocong tu datang dan masuk lagi. Razman dan Kecik Asli tido mati smpi subuh. Bila dorang bangun saya Cuma diam dan rahsiakan, saya akan bersuara andai kata Razman mengatakan diri día rasa lain atau demam atau ada lebam2. Tapi smpi la kami grad budak 2 orang ni hidup happily ever after. 


Esok malam selama hampir 2 minggu pocong ni tetap ada di rumah belakang dan mundar mandir samada depan rumah or belakang rumah kami, dan kecoh beberapa orang kampung ternampak. Housemate lain dah nampak pocong ni, Cuma Razman dan Kecik jer x pernah nampak. 2 minggu malam2 jalan depan dan belakang rumah kami sunyi sepi maybe takutkan Pocong tersebut. Walau apa pun Kita sepatutnya lebih takutkan ALLAH, azab Kubur, Akhirat dan dosa2 kita bukan pada makhluk2 ciptaan ALLAH. Saya bukanlah berani tapi kadangkala sikap lurus dan selamba saya ni membuatkan fikiran saya terlupa tentang hal2 mistik. 


Terima kasih buat semua atas sokongan kalian terumatanya para Admin yang sering memberikan peluang buat kita semua berkongsi rahsia dan kisah seram. Ada masa terluang maybe saya boleh share kisah bangunan2 di Putrajaya..hehehehehe



Sekian terima kasih


Sumber: keroll keroll

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s