'Dato Seri Najib Salur Bantuan Tunai Kecemasan dan Tawar Khidmat Guaman pada adik Siti Azizah'..

Selepas berita menyedihkan apa yang terjadi pada adik Siti Azizah hari ini, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sempat meluah kesedihan apa yang berlaku di laman facebooknya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab menggantikan bapanya untuk mencari kewangan lebih telah disekat oleh individu yang tak berhati perut. Sementara itu kata-kata Dato Seri Najib di Facebooknya adalah:


Sebak saya baca artikel ini tentang Siti Nur Azizah Syafriadi yang tangannya terpaksa dipotong selepas menjadi mangsa samun.


Saya difahamkan, selepas bapanya meninggal dunia, adik ini ambil tanggungjawab untuk bantu tambah pendapatan keluarga dengan buat khidmat hantar makanan.


Saya amat marah dengan perbuatan penjenayah ini. Ia perbuatan yang kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Jika kita terdesak macam mana pun, jangan sesekali terjebak dengan jenayah. 


Pegawai saya telah pun berhubung dengan keluarga adik dan telahpun salurkan sejumlah bantuan tunai kecemasan dan menawarkan bantuan guaman.


Stay strong, adik.


Semoga adik Siti Azizah cepat sembuh, di luar ramai menanti untuk beri sumbangan, jangan risau ye dik 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s