Jangan tertipu | Kenali emas tiruan yang dicop 916

 


Akhir-akhir ni dah jadi trend wanita di Malaysia pakai perhiasan emas besar-besar. Sebenarnya perhiasan tu memang besar tapi ringan je. Bahasa pasarnya emas ‘kosong’. Kiranya kalau pakai gelang emas besar-besarpun takdelah lenguh tangan. 


Walaupun dipanggil emas ‘kosong’ tapi perhiasan tersebut masih lagi diperbuat daripada emas tulen atau dikenali emas 916.


Biasanya perhiasan emas akan ada cop 916. Korang tau tak apa maksud 916? Maksudnya, 91.6 peratus pehiasan tersebut mengandungi emas tulen. Selebihnya logam yang dicampur untuk mengukuhkan bentuk perhiasan tersebut.  Sebab pada asalnya emas sangat lembut. Jadi untuk mengkuhkan struktur pehiasan seperti gelang, cincin, anting-anting, rantai dan sebagainya perlulah dicampur dengan bahan logam lain. 

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Ok, berbalik kepada cop 916.  Pada hari ini cop 916 juga turut dikeluarkan untuk emas tiruan. Ramai yang ingin ikut trend tapi tak mampu, jadi emas tiruan inilah yang digunakan bagi yang ingin berjimat.  


Namun, untuk menampakkan emas tiruan tersebut seperti emas original, pengusaha meletakkan cop 916  pada bahagian perhiasan emas tersebut. 


Apa yang menggusarkan, sesetengah penjual mengambil kesempatan menjual emas tiruan dengan harga emas tulen berdasarkan cop 916 tersebut. Oleh itu, jom ikuti penerangan video di bawah secara ringkas bagaimana untuk membezakan emas cop 916 tulen atau palsu.   

Menurut perkongsian @rina.fazila terdapat beberapa cop yang menunjukkan emas tersebut tiruan  dan hanya menggunakan cop 916 sahaja. 


1)  916 GL – Gold Layer

2) 916 GP – Gold Plated

3) 916 GZ – Gold Zhulian

4) 916 GK – Gold Korea

5) 916 GEP – Gold Elektroplate

6) 916  GF – Gold Filled


Dua gambar di bawah menunjukkan contoh emas tulen cop 916 dan emas palsu cop 916. Emas palsu tersebut mempunyai kod sebelum tulisan nombor 916. Jadi dah tau kan nak tau emas tulen dan palsu cop 916. Semoga bermanfaat!  Jangan mudah tertipu.

Gambar menunjukkan emas tulen cop 916
Emas tiruan cop 916


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s