Keburukan Minum Air Ketum | UPC

 


Kawan aku dah Rosak buah pinggang,  akibat kegagalan organ dalaman berfungsi akibat GETAH ketum. Semua sel telah lumpuh. Akhirnya dia Tersadai di rumah macam kain buruk,  tiap tiap minggu g cuci darah,  duit dah xde terpaksalah menyusahkan keluarga.


Aku jadi bingung. Hati berdebar. Ya Allah. Apa aku dah buat. Dulu dia tak minum ketum. Tp aku yg ajak. Konon aku cakap KETUM ni UBAT hilang Kencing Manis last, Nak bagi hilang sakit badan. Dia pun minum. Hari hari lepak kedai kopi mengetum.


Mula mula kosong. Lepas tu ada kawan kata nk bagus campur air coke. Kami pun campur.


Lama juga kami minum. Bertahun. Kebelakangan ni dia selalu mengadu sakit perut. Sakit pinggang. Badan panas. Dia minum ketum pun tak bantu. Akhirnya dia dimasukan ke wad. Doktor sahkan buah pinggang dan usus dia dah rosak. Kami satu geng dah cuak. Tak lama dia masuk wad, Lepas tu doctor suruh balik rawat di rumah sebab kos tinggi. 


Aku menyesal. Aku terfikir kenapa Allah tak uji aku jugak. Umur kami sama ja. 45 tahun. Ada isteri. Anak anak pun dah besar. Tapi aku asyik dengan ketum. Tapi dia Sakit dulu. Aku tekad nak benti. Tak mau dah minum ketum.


Kisah benar dari pesakit ketum.


#DadahMusuhNegara

#DadahItuMembunuh

#Ambilikhtibar


Kredit: AADK Sandakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s