(Alfatihah) – Penemuan May*t Wanita Membu.suk | Sudah meninggal lima hari lalu

 


Bau busuk dihidu jiran dari sebuah unit di Flat Dahlia, Seremban 2, di sini, membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas, hari ini.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pemeriksaan mendapati wanita berusia 69 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari lalu.


Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan bau busuk dikesan dari sebuah rumah di Flat Dahlia, di sini.


Polis ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah dikunci sebelum polis mendapatkan bantuan bomba bagi membuka pintu rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Selepas pintu dibuka, pihaknya mendapati mayat wanita berada dalam keadaan tertiarap di bilik tidur.


Pemeriksaan pada tubuh wanita itu dan kawasan rumah mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.


Pihak perubatan tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia lebih daripada lima hari. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris wanita itu kerana dia tinggal bersendirian di rumah,” katanya.


Mohd Said berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s