CCTV Dalam Tandas Sekolah, Adakah Pelajar Selamat?

 

LONDON: Tindakan sebuah sekolah menengah di County Durham, timur laut England yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas pelajar mencetuskan kemarahan dalam kalangan ibu bapa.


Lapor Daily Star, seorang bapa kepada pelajar dari Sekolah Framwellgate membantah langkah tersebut dan menggesa pihak pengurusan sekolah menanggalkan kamera itu dengan segera.


Andy Black menyifatkan tindakan itu melanggar hak peribadi pelajar perempuan dan lelaki sekolah berkenaan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Malah, Black berkata, pihak pengurusan sekolah memasang kamera itu tanpa berunding dengan ibu bapa pelajar.


“Anak perempuan saya berusia 14 tahun dan dia berasa kurang selesa setiap kali ketika ke tandas sekolah.


“Dia berasa takut memikirkan pihak sekolah sedang mengawasi tingkah lakunya dalam tandas.


“Jadi, dia tidak akan menggunakan tandas sekolah dan menunggu sehingga pulang ke rumah,” katanya.


Sementara itu, pengetua sekolah tersebut, Andy Byers berkata, kamera keselamatan itu dipasang bagi mencegah sebarang kejadian seperti vandelisme dan buli.


“Ia tidak sama sekali melanggar privasi pelajar kerana kamera itu dipasang di luar kubikel tandas dengan menghala ke arah sinki,” katanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Menurut Byers, pihak pengurusan sekolah juga tidak akan memantau rakaman CCTV itu secara rutin.


“Kami juga tidak akan menyimpan semua rakaman tersebut kecuali jika ada masalah.


“Dalam hal ini, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa terlebih sebelum berbuat demikian,” katanya.


Apa pendapat korang jika sekolah di Malaysia buat seperti begini? Setuju atau tidak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s