'Lim Kit Siang Persoal Kadar Vaksin Meningkat Tapi Kes "Jangkitan Covid" Masih Tinggi'..

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 


Veteren Dap Lim Kit Siang hari ini meminta penjelasan kepada  Menteri Kesihatan yang baru dilantik iaitu Khairi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ. 


Beliau mempersoalkan kes baharu jangkitan Covid -19 masih tinggi sedangkan program vaksinasi  menunjukkan peningkatan dan kini  telah mencapai 44.5 peratus populasi. 


Kes harian yang dilaporkan masih kekal di atas 20 000 orang setiap hari. 


Menurut beliau, negara-negara luar seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Jerman  mengalami penurunan kes jangkitan dan kematian seiring dengan program vaksinasi yang dijalankan. 


Kit Siang pada masa sama mempersoal bilakah KJ akan mengumumkan dasar baharu yang berlandaskan data dan sains, selain menerapkan pendekatan dan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan negara” yang melibatkan mobilasi seluruh rakyat Malaysia.


Diharapkan KJ dapat mengatasi masalah ini dengan startegi baharu yang lebih mampan dan holistik. Pembangkang berfungsi sebagai ‘check and balance’ untuk memperbaiki corak pemerintahan kerajaan sedia ada.


Kementerian perlu memperbaiki segala kelemahan dengan segera dan buktikan  pencapaian gerak kerja dalam tempoh 100 hari yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baharu  Dato Sri Ismail Sabri .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s