"Mana Nak Cari, Kategori B4ngsat"…- Ali Puteh

 

Terkini Ali Puteh luah rasa marah kepada seorang netizen yang berani membuat satu hantaran komen di isntagramnya bertulis “pakai duit aruah ler tu’.


Berang masih berdepan tuduhan ‘makan’ harta peninggalan arwah abangnya, Ali Puteh tidak menyangka masih wujud individu yang mempunyai tanggapan buruk terhadap insan lain.


Pelawak dengan nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga berharap individu sebegitu segera bertaubat selagi berpeluang dan masih hidup untuk meminta maaf daripadanya.


“Ya Allah… masih ada lagi manusia begini hidup di muka bumi ini. Kalau masih hidup, cepat-cepatlah bertaubat.


“Takut esok-esok pergi ke negeri abadi (meninggal dunia) masih tidak dapat permohonan maaf daripada saya


“Terlalu biadap sangat sampai kata saya makan duit arwah abang saya Abam. Macam manalah nak cari manusia ni. Tersangat biadap, kategori bangsat!” katanya.


Terdahulu, Ali yang juga adik kepada Allahyarham Abam berkongsi kegembiraan mengenai projek kebun durian yang diusahakan bersama isteri tercinta, Melati Melati Fitri.


Dalam hantaran tersebut, dia menyatakan dalam tempoh lima tahun lagi andai tiada aral melintang mereka sekeluarga dapat menikmati hasil durian Musang King dari kebun sendiri.


Pelakon filem Kolong itu juga tidak mampu menyembunyikan kegembiraan apabila pada masa sama mendedahkan bakal menimang cahaya mata lagi pada Disember ini.


Terdahulu, seorang netizen mencelah menuduh Ali mendapat semua perkara tersebut hasil daripada duit peninggalan Allahyarham Abam.


“Pakai duit arwah ler tu,” tulis pengguna Instagram yang akhirnya meledakkan kemarahan Ali.


Katanya,  mengaitkan usahanya dengan wang peninggalan Allahyarham Abam adalah sesuatu yang perlu dihentikan.


Begitupun, ramai pengikut Instagram memintanya jangan melayan provikasi individu yang menggunakan akaun samaran berkenaan.


Rata-rata menyelar tindakan individu berkenaan yang dianggap sebagai seorang pengecut apabila berselindung di balik nama samaran namun cuba menfitnah Ali.


Ini bukan kali pertama bapa kepada tiga cahaya mata itu berdepan dengan tuduhan berhubung harta peninggalan Abam sehingga dibicarakan di mahkamah.


Terdahulu, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di Gombak akibat demam panas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s