'Netizen sebak tengok atuk marah cucu'..

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 


Baru-baru ini, admin ig sitisarahraisuddin berkongsi video  berdurasi 3 minit ini berkaitan dengan telatah anak- anak arwah. Ramai yang ingin melihat perkembangan anak arwah.


Video kali ni, melihat gelagat cucu yang dijaga atuk iaitu Raisuddin Hamzah ( bapa arwah Siti Sarah) . Uwais, Talita dan Mateen pada awalnya bergaduh . Ketika dipanggil atuk semuanya kelihatan sedih kerana takut dimarahi. 



Namun, nasihat atuk sebenarnya sangat berguna kepada anak-anak. Biarlah menangis ketika kecil supaya besar menjadi manusia yang berguna. 


Atuk berpesan supaya sentiasa berkasih sayang antara adik- beradik kerana mereka baru sahaja   kehilangan ibu. Jika mereka kehilangan ayah, siapa lagi harus disayangi jika bukan adik-beradik? 


Nasihat ini bukan sahaja untuk anak-anak Syuib, tapi juga untuk kita yang sepatutnya sentiasa menjaga silaturahim sesama adik-beradik walaupun ibu bapa telah pergi. 


Moga anak-anak Syuib dan arwah Siti Sarah membesar jadi anak soleh dan solehah. Moga Allah pelihara anak yatim ini. 


Ramai netizen berasa sebak dan terharu bila melihat anak-anak Syuib menangis kena marah. Ye lah.. marah tanda sayang betul tak?



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s