(Video) – 'Abe Menangis Idea Tudung Ditiru Oleh Syarikat Berjenama Besar'..

 


Abe atau Yusfariq yang popular baru-baru ini dengan videonya bercakap  bahasa Kelantan bercampur  dialek Indonesia. Dia  merupakan founder Tudung Bawal Magnetic yang dinamakan The Jasmine. 


Abe tampil dengan sebuah video menyatakan rasa kesal dan kecewa apabila ideanya telah ditiru oleh sebuah syarikat besar yang juga terkenal dengan mengeluarkan pelbagai jenis tudung yang berharga tinggi. 


Abe hanya usahawan kecil dan tidak dapat menandingi jenama mewah tersebut. Dia berasa terkilan kerana untuk mendapatkan idea tersebut bukan mudah. Dia sebelum ini sempat berputus asa lalu nekad berusaha untuk memasarkan  rekaan tudungnya.


Abe juga berharap perniagaannya maju dan daapat membantu menjaga orang tuanya supaya mereka tidak perlu bekerja lagi. Abe menangis teresak-esak seperti impiannya telah musnah oleh ketamakan golongan kapitalis mengaut untung dengan mudah. 


Abe mengemukakan idea rekaan tudung menggunakan magnet. Oleh itu, tudung yang dipakai  tidak perlu menggunakan kerongsang. Idea ini disukai ramai pembeli kerana tampil dengan gaya minimalis. 



Abe merupakan warganegara Malaysia. Ibu dan ayah Abe berasal daripada Kelantan kemudian berpindah ke Indonesia atas urusan kerja. Dua orang kakaknya tinggal di Malaysia manakala dia dilahirkan dan dibesarkan di Indonesia. Walau bagaimanapun beliau telah pulang ke Malaysia dan membuka perniagaan tudung secara kecil-kecilan. 


@yusfariq

💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. ##thejasmine ##bawalmagnetic

♬ original sound – Abe Yus 🇲🇾🇮🇩 | TJ

Ramai netizen telah mengaitkan produk tudung Abe telah di tiru oleh jenama yang tidak asing lagi di Malaysia.  Betul ke? Korang rasa?




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s