"5 Tahun Dah Arwah Abah Pergi, Arwah Abah Tak Sempat Melihat Pencapaian Saya, Dari Kecik Dia Yakin Saya Dapat Jadi Doktor, Akhirnya Bergelar Juga Lepasan Mesir"…


Siapa yang tidak kenal dengan Ms Os.. masih teringat ingat lagu OH KOME..DOYAN DAH BERBUNGE… MOH KITA PINANG ANAK DARE…


Sedikit info dan trivia untuk arwah Ms Os , lagenda pelakon 


Beliau berasal dari Kuala Kangsar. Allahyarham Mr Os meninggal dunia pada tahun 2016 di H0spital Selayang akibat kanser paru-paru. Pelawak legend Mr.Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.


Beliau yang terkenal dengan lagu “Durian Dah Berbunga”. 

Antara filem beliau yang terkenal: 

Mr Os ,  Orang Kampung, Otak Kimia , Keluarga 99, Adik( sangat best semua lakonan arwah, admin paling suka ORANG KAMPUNG, OTAK KIMIA)


Pernah jadikan memandu teksi sebagai kerjaya.


Allahyarham turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.


Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah(dibaca) buat Allahyarham Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.




Anak Mr. Os penuhi impian ayahnya dan kini bergelar doktor


Syafiqa Hayra Doktor Perubatan Lepasan Universiti Mansoura Mesir


Syafiqa Hayra, 26 pada tahun ini, merupakan anak kepada pelawak lagenda, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid, ataupun lebih dikenali sebagai Mr. Os. 


Anak sulung daripada dua adik beradik hasil perkahwinan kedua Allahyarham itu berkata yang walaupun arwah ayahnya tidak mempunyai pelajaran tinggi, arwah sentiasa memastikan anak-anaknya mendapat didikan yang sempurna. 


Hasilnya, Syafiqa telah berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Mansoura, Mesir pada Januari lalu. 


Katanya, pencapaian itu berputik daripada impian ayahnya yang mahukan anaknya itu menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat. 


“Arwah abah seorang yang memandang berat berkenaan agama dan pembelajaran. Tapi dia tak pernah walaupun jentik kami dalam membesarkan kami. Abah seorang yang selalu berlembut dalam menasihati kami. 


“Sepanjang hidupnya, abah tak pernah mengeluh dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga, walaupun saya nampak bagaimana dia melalui kesusahan dan keletihan. Sejak kecil lagi ayah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.” kata Syafiqa. 


Syafiqa turut berkongsi bagaimana Allahyarham banyak memberi dorongan dan semangat sepanjang menuntut di Mesir selama 6 tahun. 


“Ketika arwah abah masih hidup, dia akan selalu bertanyakan khabar dan keadaan saya di Universiti. Ada juga masa dia hantar gambarnya bersama ibu dan keluarga. 


“Pesanan terakhirnya ketika abah mula tenat adalah untuk saya habiskan pengajian saya walaupun apa yang berlaku.” kata Syafiqa. 

Biarpun ayahnya tidak sempat melihat kejayaan anaknya itu, Syafiqa berkata yang dia akan memberi segala pahala hasil usahanya berkhidmat sebagai doktor kepada bapanya. 


“Abah tak sempat melihat pencapaian saya menjadi seorang doktor dan saya juga tak sempat nak membalas jasanya yang menjadikan saya seorang manusia. Saya sedekahkan segala pahala saya berkhidmat sebagai doktor kepada abah dan ibu.” katanya. 



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s