AlFatihah – Pilu Suami Isteri Kemalangan, Tinggal Anak 2 Tahun Yatim Piatu

 

Pasangan suami isteri, Muhammad Syakiran Shamsuddin dan Nurul Ashikin Kamarudin maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di susur keluar Jalan Syed Putra. Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja isteri di Jalan Raja Laut manakala suami bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.


Apa yang lebih menyedihkan apabila allahyarham Nurul Ashikin sedang hamil anak kembar. Mereka turut meninggalkan seorang anak lelaki yang baru berusia dua tahun. Sebak!



Di Facebook, orang ramai sebak melihat kesedihan yang terpaksa ditanggung anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang kehilangan ibu bapanya sekelip mata. Dalam usia yang sebegitu kecil, dia kehilangan kasih sayang kedua orang tua.



Sayu Hati tengok, tunggu ibu katanya!




“Ibunya Sempat Pesan Pada Acik (Pengasuh), Kalau Dia Balik Lambat Tidur Dulu Rumah Mama Acik”



Anak ini kuat

Pagi tadi ibu Afan pesan kalau mama balik malam, tidur dengan acik (pengasuh) dulu ya dik. Usia Afan hampir 2 tahun, belum mengerti apa apa lagi. Anak ini kuat, Allah beri ujian kepada hamba NYA yang mampu hadapi. Pagi tadi juga Ibu (staff JKR) dan ayah (anggota IPD Shah Alam) Afan meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal di Kuala Lumpur.

Ketika ini, kita merasakan sebak dan sedih melihat raut wajah anak kecil ini, kita pujuk hati kita. REALITI nya. Allah jaga anak ini. Ada rezeki yang Allah dah titipkan dan tentukan buat adik Afan. YA Allah peliharalah anak ini. Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang. Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya.

Jadikan adik Afan sebagai asbab ibu ayahnya ditempatkan di kalangan hamba hambaMu yang soleh dan tempatkan mereka di syurga abadi.

AL-FATIHAH buat ayah ibu Afan. Allahyarham L/Kpl Muhammad Syakiran Samsudin dan Allahyarhamah Nurul Ashikin Kamaruddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s