'Kanak-Kanak Perempuan Did3ra' | Bapa nak jual RM6000…

 


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dipercayai telah didera oleh bapanya dihadapan kedai makan. 


Seorang saksi kejadian telah menularkan gambar kanak-kanak tersebut di media sosial.


Menurut sumber, kanak -kanak tersebut telah kematian ibu dan hanya tinggal dengan bapanya yang merupakan seorang penagih dadah. 


Kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus. Di bawah matanya kelihatan kebiru-biruan seperti dipukul. 


Wanita itu mengusap rambut kanak-kanak itu, menyapu air matanya dan mengendong kanak-kanak tersebut. Dia meminta bapanya memberikan kanak-kanak itu kepadanya memandangkan dia tidak mempunyai zuriat. 


Lelaki tersebut menawarkan RM6000 untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Wanita tersebut dengan segera menelefon polis Dang Wangi dan melaporkan kejadian tersebut setelah polis tiba di tempat kejadian. 


Polis mengarahkan kanak-kanak tersebut dijaga terlebih dahulu oleh wanita itu. 


Namun,bapanya telah merentap dan merampas kanak-kanak tersebur daripadanya dan bertanya dengan kanak-kanak itu sama ada hendak dijaga olehnya atau wanita itu. 


Kanak-kanak perempuan tersebut memilih bapanya. 


Wanita itu terpaksa melepaskan kanak-kanak tersebut kerana dia merasakan  ayah kandung lebih berhak kepada kanak-kanak perempuan tersebut. 


Netizen nampaknya tidak berpuas hati tindakan yang dilakukan oleh wanita itu  dan anggota polis tersebut kerana melepaskan kanak- kanak itu kepada ayahnya yang jelas mendera dan mengabaikan kanak-kanak tersebut.


Netizen berharap kanak-kanak tersebur dapat diselamatkan dengan segera oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s