'Sahabat Call Sebelum Ajal. Ucap Terima Kasih Sebab Sayangkan Beliau'…- Amin Idris

 


Innalillahiwainnailaihirojiun. Ikuti kisah Mohd Nazif yang kehilangan sahabatnya disebabkan covid. Baik betul hubungan dorang ni. Inilah yang dinamakan bersahabat kerana Allah. 


Semasa menulis coretan ini air mata saya sudah tidak mampu keluar lagi. Biarlah hati Yang kesedihan terubat dengan janji Allah itu pasti untuk seluruh ummatNya


Saya redho dengan pemergian sahabat tercinta dunia dan akhirat. Masih terngiang dengan pemergian sahabat Arwah Shamsul Abdul Aziz,  kali ini Allah mengingatkan kami,menyentuh hati-hati kami batch SMKA Falahiah (FOB 98-02) dengan pemergian sahabat Shahril Shamsudin.


Setelah episod arwah Abe Sol tiada, kami take care sahabat-sahabat yang positif Covid19, tak mahu sejarah berulang . Semasa Sharil positif sebelum dimasukkan ke hospital arwah call saya pukul 4 pagi untuk bersembang, menyatakan beliau risau bimbang jika bertemu ajal disebabkan Covid.


Semasa dalam wad, kami sentiasa berhubung dan memberi kata semangat. Last arwah call saya sehari sebelum dimasukkan ke ICU untuk ditidurkan, beliau mengucapkan terima kasih kerana sayangkan beliau.😭😭😭.


Last sekali dapat berhubung apabila arwah membalas wasup saya,walaupun saya tahu beliau cukup penat untuk membalas wasup. Hari demi hari kesihatan beliau makin merosot setelah ditidurkan. Sehinggalah petang tadi, sahabat kami memberitahu bahawa jantungnya telah berhenti dan doktor mengesahkan bahawa arwah telah kembali kerahmatullah.


Saya REDHA,Saya tahu beliau cukup penat, hanya DOA semoga Allah memberi yang terbaik untukmu sahabat. Semoga perkenalan kita seusiamu menjadi asbab diakhirat nanti untuk Kita bersama dalam syurga.


Sementara itu, Amin Idris turut melahirkan rasa dukacita kepada pemergian junior sekolahnya dan berharap gambar tersebut tidak disalah guna oleh kumpulan anti vaksin dan menipu orang ramai atas nama mati kerana vaksin seperti mana kes sebelum ini. 


Sumber: Mohd Nazif, Amin Idris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s