'Adik Meninggal Di Ruang Legar Hospital' | Katil Dalam Wad Penuh…

 


Seorang pengguna media sosial menceritakan kisah  kehilangan arwah adiknya baru-baru ini akibat Covid -19. Beliau  berasa sedih dan terkilan dengan kelangkapan hospital yang tidak mencukupi.


Adiknya bernama Hayati Mohd Khalid mengalami jangkitan Covid-19. Namun, tidak mendapat katil di Hospital Sultan Ismail. Pihak hospital terpaksa meletakkannya di dalam sebuah khemah  khusus  dibina untuk pesakit  yang mendapat jangkitan Covid. 


Kesihatan wanita berusia 55 tahun itu terus merosot dalam beberapa hari. Beliau kerap mengadu sesak nafas akibat keadaan yang dingin ketika tidur di bawah khemah. 


Kemudian  adik beliau ditempatkan selama 5 hari di ruang legar hospital. Keadaannya semakin lemah dan sepatutnya perlu ditidurkan kerana jumlah oksigen di dalam paru-paru semakin berkurang. . Namun menurut adiknya, jumlah pesakit di ICU terlalu ramai, menyebabkan dia tidak mendapat katil di wad tersebut.


Pada malam tersebut arwah tak mampu lagi bertahan dan meninggal dunia. 


Menurutnya, pesakit yang meninggal akibat Covid-19 terpaksa bertarung nyawa seorang diri tanpa keluarga disisi. Mereka hanya ditemani oleh petugas kesihatan. 


Kakak arwah bernama Adibah mengenangkan bagaimana keadaan adiknya sebelum meninggal? Siapa agaknya yang mengajar membaca dua kalimah syahadah? Dia dimaklumkan doktor yang bertugas pada malam tersebut  bukan beragama Islam.  Dia berharap ada misi yang dapat mengajar adiknya kalimah syahadah sebelum meninggal. 


Dia berasa sebak dan terkilan mengenangkan situasi arwah adiknya meninggal. 


Adibah memohon daripada pihak ngo mana-mana yang sudi menyumbang apa-apa sahaja peralatan kelengkapan hospital untuk membantu pesakit menghadapi wabak ini. Jumlah pesakit yang terlalu ramai menyebabkan mereka tidak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s