Jurutera Ditemui Maut, Kesan Dari Menumbuk Pintu Cermin Masjid

 

Ma.ut selepas urat tendon putus dan darah banyak keluar dari saluran alteri.


JB – Seorang lelaki ditemukan maut di rumah sewanya Taman Scientex pada pagi Ahad lalu dengan kecederaan di pergelangan tangan dan kaki kanan.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati lelaki berumur 28 tahun itu mengamuk di Masjid Taman Scientex.


“Pada malam sebelumnya lelaki itu mengamuk di Masjid Taman Scientek kerana masjid berkenaan ditutup selepas waktu Isyak.

“Dia bertindak menumbuk pintu cermin hadapan masjid itu hingga pecah, menyebabkan tangannya berlumuran darah.


“Di lantai masjid terdapat kesan tompokan darah. Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu telah menumbuk sebanyak dua kali pintu cermin itu sehingga pecah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Mohd Sohaimi berkata, berdasarkan siasatan awal, kakak lelaki itu memberitahu bahawa adiknya yang merupakan jurutera kimia sebuah syarikat berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat melawat keluarga di Kuala Berang, Terengganu, sejak kira-kira enam bulan.


Katanya, polis menerima makluman mengenai lelaki itu pada kira-kira 7.35 pagi Ahad, dan mayat telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk proses bedah siasat.


“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri, dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca.

“Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s