Aku cari jodoh dlm laman web berbayar dan ramai juga yg cuba nk peristerikan aku tapi aku sengaja letakkan pelbagai syarat

 

Tiba2 terbaca tentang mencari jodoh through muslim dating sites so, I wanted to share my experience. Alhamdulillah kami kenal melalui satu website ni and sudah beberapa tahun berkahwin and Allah bagi rezeki cahaya mata. Alhamdulillah bahagia walaupun usia perkahwinan belum sampai 10 tahun dan tidak layak untuk memberi nasihat kepada sesiapa, and im not saying my life or what I did is perfect tapi jika boleh jadi pengajaran yang baik maka ambillah.


I grew up in a family where my dad is not a good role model of a father. Dan surrounding yang mana lelaki sangat ego, dan berbuat sesuka hati. Melihat my mom struggle to raise us up, I ended up believing lelaki baik dah pupus.. kalau ada pun gay.. so I don’t mind and already set my life untuk tak kahwin or if kahwin jugak at 30+ hanya untuk jaga hati mak dan kalau one day it become a toxic relationship, I takkan teragak-agak untuk angkat kaki.


so, at the age of 26 I dah beli rumah sendiri and kalau tiada jodoh I dah set at 30 I ambil anak angkat. Walaupun begitu, I sentiasa ingat pesanan naqibah I, seorang mak cik masa belajar di university untuk sentiasa berdoa agar Allah kurniakan jodoh yang baik bila dia risik dan I bagitau I tak mau kahwin.


So tips ni sangat berguna, walaupun set tak nak kahwin, I tetap doa dapat jodoh yang baik setiap hari. Tips yang paling tak guna is one yang my friend selalu momok2kan. “At the age of 16, kalau xde boyfriend susah nak dapat jodoh”. girls please kahwin bukanlah satu2nya matlamat dalam hidup. Sedangkan jodoh itu sendiri rahsia Allah, so janganlah jadi Cupid, bogel berlari ke sana kemari mencari cinta. Set your goals right


Muka I orang kata above average so ada je yang mencuba tapi i tak percaya lelaki dan I memang reject mereka on the spot. I dah discuss dengan mak I yang If i were to get married I nak buat ringkas dan hantaran tak tinggi asalkan jaga solat, tak merokok dan tak sama kerjaya or tempat kerja yang sama. Sebab I rasa I mungkin kuat cemburu and I nak input berbeza dari husband I nanti.


I jugak reject mana2 kawan yang nak kenalkan sebab tak nak kalau suatu hari nanti things went wrong, I salahkan dia. So… logically mmg macam takde harapan sbb I bukanlah jenis yang suka mingle dengan orang. But I don’t mind sebab kahwin bukanlah matlamat utama I.


One day, I rasa macam I kena usaha cari jugak sbb kahwin tu sunnah dan rasa bersalah dekat mak kalau I tak mencuba langsung. So I signed up the web and paid for premium sbb masa ni niat I betul2 nak cari jodoh dan membina hidup berumah tangga jadi ini perkara serious. I jugak memulakan berkirim salam bukan hanya menanti dan tengok siapa yang pm I, sbb ini ikhtiar dan I nak pastikan option I luas.


I hanya approve yang bayar jugak sbb waktu tu kena bayar rm80. Konfem yang bayar adalah org yang lebih serious dan bukan hanya try market. walaupun begitu, I limitkan untuk kenal lebih lanjut 2 org sahaja dalam satu masa sebab belum tentu dia jodoh kita dan I hanya nak husband I yang dapat privilege mengenal I sedalam-dalamnya. I tetapkan kalau nak jumpa hanya boleh 1 kali lepas tu kita decide to go further or to back off. Sebab I nak elakkan harapan palsu atau terberi harapan palsu.


After tanya background and matlamat dia dalam perkahwinan, barulah I akan agree untuk one off date. Alhamdulillah mungkin berkat doa yang sentiasa I amalkan tu, kadang2 ada gerak hati untuk awal2 lagi stop. Dan ada beberapa yang I jumpa depan2 rasa tak sedap hati.


I akan setkan tempat untuk berjumpa tu dekat tempat keramaian jauh dari rumah I untuk keselamatan. I akan tiba awal dan pastikan dia tepati masa. Kalau tak I jalan sbb kalau masa pun tak boleh tepati apa lagi janji2 lain pasti boleh dicapati. I set untuk jadi the one yang observe dari jauh tanpa dia perasan supaya at least I ada sedikit idea sifat sebenarnya.


Ada beberapa yang I decided untuk jumpa. This one guy masa jumpa dia awal2 dah ajak split the bill walaupun one off date. sbnrnya I mmg dah plan nak bayar sendiri sbb tak nak terikat. And dia asyik sendawa and laughed at his own jokes. Balik dari date dia cakap he had a great time and ajak date lagi maka I berterus terang I tak mahu teruskan.


Sorang lagi kelihatan mature, talked about future planning and all, but masa main paintball (mmg I akan set at least satu aktiviti mencabar nak tgk reaksi kalau dia kalah atau menang. From there ada la sedikit petunjuk terhadap perangai dia sebenar) dia kalah n he decided not to follow the rules anymore. However kitorg still keep in contact and he said he’d marry me tahun depan sbb nak cukupkan duit kahwin.


Sampai ada satu masa tu tiba2 dia mcm x contact sangat. And then he called it off. Kecewa? nope.. tercabar maybe, sebab selama ni I yang reject orang but I respect his decision and mungkin itu adalah petunjuk dari Allah yang dia bukanlah the one. I know he does not deserve me and I myself deserve someone better.


Ada seorang yang pada I sangat baik. Bila dia kalah go-kart, he humbly accepted the fact and congratulate me. Tapi dia rendah dari I dan I takut I yang jadi hantu nanti. Sebab I tahu dalam diri I ada ego and I suka pakai kasut tinggi. I tak nak I tak sengaja kecilkan hati dia. Last sekali sblm jumpa husband I was a duda anak satu.


Turns out ex isteri dia muda dari I dan tak ada seorg pun kawan2 dia tahu dia dah bercerai. Now that’s a warning sign for me so I angkat kaki. By this time dah almost 1 year I kat portal tu, and I dah decide once habis subscription I akan proceed plan ambik anak angkat. But 1st I kena pujuk mak I dulu huhuhu.


Husband i? dia kirim salam kat I sebulan barulah I reply. It went very fast. Tanya background and future planning n turns out dia akan bekerja di luar negara dalam masa 4 bulan lagi. I tak mahu tinggalkan mak I dan I tak mau PJJ jauh sangat dengan husband so I humbly back off. Tapi somehow ada something about him yang buat I nak terus kenal dia.


I dah stalked FB dia and since nama dia unique its not hard to find. Dari apa yang dia share and status dia menampakkan dia seorg yang rasional. Maybe, just maybe it was the doa yang menyebabkan I stick unlike the others yang once I rasa x boleh pergi I never turn back.


So we set a date to meet after only 1 week bertaaruf. Agak cepat berbanding yang lain yg berbulan jugak baru I decide nak jumpa. Macam biasa macam2 strategy I atur. Maybe I mcm tah apa2 tapi ini bukan benda main2 pada I. u r gonna live ur whole life with someone new. Girl, u gotta use the right to choose ur spouse and be smart.


I wore my best high heels, 4 inch sebab walaupun tinggi I 170cm, I wanted to see if the guy would be intimidated. I datang awal, get to the higher ground and ready to snipe for any clues about who he really is. Somehow, semua plan I yang cenderung kepada pemikiran negative dipatahkan Allah, sebab in the end dia yang jumpa I dulu.


He was taller than me and was quite a gentleman. I can tell he does not pretend and he was not desperate. We talked and banyak juga persamaan kami dalam minat dan hobby. He gave the positive vibe.


Balik from the date I bagitahu my mom that he is the one. Tapi mak I of course being a mother, its her job untuk risaukan masa depan anak dia. Maybe sbb dalam gambar muka dia nampak garang. So after 3 weeks perkenalan, he came to my house to meet my family.


Alone.. My mom wore her stern face, tanya macam2 and to be honest I sendiri takut. kalau I jadi dia I tak jadi nak proceed kot.. But dia jawab dengan tenang.


Tak agitated and matured. Boleh bawak berbincang dan bagi buah fikiran yang baik walaupun suasana waktu agak hot. from there I rasa dia betul2 ikhlas terima nak jadikan I isteri yang sah.


Sebulan after perkenalan dia bawa family dia untuk merisik + bertunang. I dah discuss dan mak I, hantaran cukuplah rm1K++ ikut tarikh lahir I.. dan I ada bagitahu dia about this but on that very day, dia tambah 1 lagi 0 belakang amount i nak dan gunakan tarikh lahir dia sebagai mas kahwin.


Subhanallah rezeki I. and kami set tarikh nikah 2 bulan selepas tarikh tersebut sebelum dia terpaksa tinggalkan I untuk bekerja di luar negara. Long story short, here we are, happily married and baru I tahu, lelaki baik belum pupus, I sahaja blm jumpa ketika itu. Dan alhamdulillah berkat doa yang diamalkan dan doa dari mak, we met each other.

So, to sum up, apa yang I cuba sampaikan is berdoalah dari sekarang agar Allah jumpakan dengan jodoh yang baik. Kalau xde jodoh, maksudnya Allah dah simpankan di syurga


Use your right to chose a spouse. Jangan sebab orang cakap2 u terus tangkap muat. Or just sebab dia handsome or sweet mcm cite korea u nak kahwin. Pastikan u ada list kriteria. Tapi dalam masa yang sama kena tengok diri sendiri jugak n rasional.


Kahwin bila u dah ready bukan sebab trend. Please, its a long journey. Syurga u akan beralih kepada suami. Kalau silap pilih?Portal dating or any other medium hanyalah satu platform. Take advantage and be smart


Bila putus, percayalah jodoh ditangan tuhan, dan itulah yang terbaik. So chin up. Know that u worth what you are and walk away with pride.Communication sangat2 penting. If dari mula lagi dah nampak tak boleh bawak bincang please jangan teruskan


Elakkan memberi diri sendiri harapan palsu.Jangan jadikan kahwin as your number one goal in life. Ingat Jodoh tu rahsia Allah dan rezeki berbeza-beza. So focuskan goal u kepada something yang boleh u kawal dengan lebih baik. Cthnya pelajaran dan kerjaya


Kalau u ikhlas demi Allah nak mencari jodoh, jadi jangan segan untuk memulakan perkenalan. perigi cari timba bukanlah a crime as much as pergi dating x jaga diri n lead to serah body.Itulah serba sedikit pengalaman i.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s