'Doktor Ditahan Polis Selepas Kantoi Rakam Pembantu Wanita Dalam Tandas'…

 


Mutakhir ini sering saja kedengaran gangguan seksual di tempat kerja sama ada berkata lxcah, bersentuhan secara terpegang, dan meletakkan hidden camera di tandas wanita. Ia berikutan semalam polis telah menahan seorang doktor kerana telah membuat satu rakaman gersangnya dengan meletakkan telefon bimbit di atas para dengan keadaan kamera terbuka.


Laporan lanjut:


PJ Selangor – Seorang doktor lelaki ditahan polis selepas merakam video di dalam tandas wanita di sebuah klinik swasta  miliknya, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.30 petang daripada wanita berusia 30 tahun.


Menurutnya, wanita itu mendakwa doktor berusia 46 tahun yang juga majikannya itu merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.


Katanya, mangsa yang bekerja selama enam tahun sebagai pembantu klinik di klinik swasta itu mengatakan ketika dia masuk ke tandas pada 2 petang terlihat sebuah telefon bimbit di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.


“Mangsa terus mengambil telefon bimbit itu dan mengecam ia milik majikannya (doktor terbabit).


“Mangsa yang terkejut, malu dan terganggu dengan kejadian ini, terus mencapai beg tangannya ingin keluar dari klinik,” katanya dalam kenyataan malam ini.


Namun, Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan mangsa yang ingin keluar dari klinik secara tergesa-gesa disedari oleh suspek dan terus dihalang.


“Suspek juga meminta dipulangkan kembali telefon bimbit itu kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman itu di hadapan mangsa.


“Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada suspek sebelum lelaki itu memadamkannya, namun mangsa tidak melihat apa yang dihapuskan oleh suspek,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan risikan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan suspek pada 7.30 malam, hari sama.


“Telefon bimbit Redmi MI 9T Pro milik suspek juga turut dirampas untuk membantu siasatan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 509/377d Kanun Keseksaan,” katanya


Berikutan itu para wanita dinasihatkan selalu berhati-hati, kerana masa ini terdapat banyak kamera tersembunyi dibuat di hotel, tandas semata-mata mahu memuaskan nafsu jahat perakam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s