'Najib Tuntut Muhyidin Jawab Mengenai Campur Tangannya Kes Mahkamah'…

 

Bekas Perdana Menteri Najib Razak menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin Yasin yang menuntutnya menjawab tuduhan mengenai perbicaraan jenayah Najib yang sedang berlangsung.


Presiden Bersatu itu juga diberi masa sehingga esok untuk menjawab jika Muhyidin bertanggungjawab menyebarkan khabar angin bahawa Najib meminta campur tangan dalam kes mahkamahnya.

Dalam catatannya di Facebook Najib mengatakan surat tuntutan itu dihantar kepada Muhyidin susulan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengatakan dia telah mendengar khabar angin tersebut.


Najib merujuk kepada kenyataan Wan Saiful bahawa terdapat dakwaan Najib telah meminta Muhyidin untuk menukar Hakim dalam kes 1mdb.


Kata Najib dia meminta Wan Saiful memberi bukti bahawa dirinya ada meminta campur tangan tersebut, Wan Saiful hanya mengatakan dia mendengar khabar angin.


Pada 3 Ogos lalu, ketika masih menjadi Perdana Menteri Muhyidin mendakwa terdapat beberapa pihak yang menuntutnya mencampur tangan dalam kes mahkamah mereka. Muhyidin bagaimanapun tidak menamakan mana-mana individu tersebut dalam dakwaannya.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s