"Selepas 3 Tahun Didakwa Dua Pengikut Tegar "Tuhan Harun" Masih Berada Di Bilik Banduan Akhir"…

 

Mangsa Ahmad Raffli Ditem.bak di hadapan rumahnya

Negara digemparkan dengan kejadian petang 10 November 2013 apabila Ahmad Raffli ma.ut terkena dua das temba.kan yang dilepaskam seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, kira-kira jam 1.55 petang.


Sebelum kejadian mangsa yang berusia 49 tahun sendang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya sebelum sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumahnya sebelum seorang lelaki yang memakai jubah berwarna hitam serta berkopiah putih berusia dalam lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.


Sebaik sahaja mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berusia 30-an yang berada di bahagian tempat duduk belakang keluar lalu melepaskan tiga das tem.bakan dan terus melarikan diri.


Dua das temba.kan yang dilepaskan mengenai bahagian dada kanan mangsa menyebabkan ma.ti  di tempat kejadian. Berikutan itu polis melancarkan sisatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membu.nuh.



Ketua Polis Negara masa itu, Tan Sri Khalid berkata polis sedang menyiasat sama ada pembu.nuhan tersebut mempunyai kaitan dengan tugas Ahmad Rafli sebagai ketua penguatkuasa, yang menyiasat kes termasuk penyebaran ajaran Syiah serta kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun.


Polis tidak mengetepikan sebarang kemungkinan dan menyeru semua jabatan termasuk Jabatan Menjejaki Pengg4nas Bukit Aman membantu siasatan. Dalam masa yang sama pihak polis telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab. Di satu lagi majlis di Pulau Pinang, Khalid berkata tiada bukti yang menunjukkan pengikut Syiah terlibat dalam kes temba.kan berkenaan, beliau menegaskan polis percaya kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dipercayai terlibat dalam kes temba.kan tersebut.


Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya kes pembu.nuhan tersebut mungkin bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan tugas Allahyarham sebagai ketua penguatkuasa dalam kes yang dikendalikannya. Beliau berkata pihak polis akan mengawal rumah mangsa bagi memastikan keselamatan ahli keluarga Allahyarham.


Ahmad Rafli meninggalkan seorang balu, Rosmahwani Abdul Wahab 41, dan lima anak. Beliau dikebumikan pada pukul 10.50 pagi Isnin di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Bukit Ubi.


Lakaran Suspek


Selepas beberapa hari pembu.nuhan ini berlaku, Polis Pahang mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembu.nuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das temba.kan ke arah mangsa.


Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan polis percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi. Skop penyiasatan berhubung kes pembu.nuhan kini diperluaskan. Ketua Polis Negara berkata siasatan tidak hanya tertumpu kepada kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun semata-mata, pihak polis melakukan siasatan dari semua sudut tidak hanya bertumpu kepada bidang tugas mangsa yang dilaporkan sedang mengendalikan tiga kes iaitu  ajaran sesat Tuhan Harun, ajaran Syiah, dan operasi kelab malam.


Polis juga akan memburu yang lain, bukan saja pengikut Tuhan Harun dipanggil ada juga yang lain diminta tampil untuk membantu siasatan dan polis menyiasat dari semua sudut.


Selepas 19 hari kes pembu.nuhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhhirnya berjaya menyelesaikan kes itu selepas menahan 13 ahli kumpulan Tuhan Harun termasuk dua wanita. Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter beliau.


Katanya, susulan penahanan itu pihaknya turut merampas sepucuk pistol daripada kumpulan terbabit. Sementata itu menurut sumber, pistol yang dirampas diperoleh daripada seorang suspek, Mohd Rizairi Khamis @ Harry 27, yang ditangkap di Taman Setiawangsa pada pukul 6 petany 29 November 2013.


Tuhan Harun

Suspek dipercayai menjadi pembekal senjata itu, sementara seorang lagi yang merupakan bekas polis dipercayai adalah penem.bak dalam kes tersebut. Bekas polis yang berasal dari Sabah berusia 39 tahun itu ditahan di Klang. Pistol semi-auto berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz beserta sejumlah peluru.


Pada 20 Nevember, polis memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak Johor. Turut diberkas dalam serbuan itu ialah seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun 41 dan isteri ketiga Harun iaitu Azida Mohd Zol 30.


Azida Mohd Zol isteri ketiga Tuhan Harun

Dengan penangkapan itu, polis percaya dapat mematahkan rancangan pengikut “Tuhan Harun” untuk membu.nuh beberapa lagi individu di negara ini berikutan penahanan dua orang dipercayai pengikutnya hasil siasatan kes pembu.nuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua daripada 10 individu yang dikehendaki polis itu ditangkap di Kampung Tagasan Semporna Sabah 2 Disember 2013. Siasatan mendapati kumpulan ini selain merancang dan melaksanakan pembu.nuhan ke atas penguatkuasa JAIP mereka juga merancang untuk membu.nuh beberapa lagi individu. Bagaimanapun, Khalid tidak mendedahkan identiti mereka.


Selepas itu, ketua ajaran sesat Tuhan Harun dan beberapa orang pengikutnya telah dihadapakan ke Mahkamah Majistret Kuantan berhubung kes pembu.nuhan ini. Mereka didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pada 10 November 2013 seorang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun Sumustapha Suradi 39, dihadapakan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membu.nuh dengan niat bersama dua lagi yang masih bebas melakukan pembu.nuhan Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek.


Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat bersama isteri ketiganya Azida Mohd Zol, dan pengikutnya Shaizral Eddie Nizam Shaari didakwa  mengikut seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama kerana melakukan konspirasi jenayah berkenaan.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Salim Soib@Hamid manakala seorang tertuduh diwakili peguambela, Hermes Media Putra Ibrahim. Salim kemudiannya memohon kes berkenaan dipindahkan terus ke Mahkmah Tinggi bagi sebutan kes di mahkamah berkenaan.


Pada 27 Disember 2016, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ma.ti ke atas 2 pengikut Tuhan Harun selepas didapati bersalah membu.nuh Ahmad Raffli Abd Malek.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, dan Shamsinar Abdul Halim selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa yang mengecam mereka sebagai individu yang menem.bak mangsa.

Sumustapha dan Shamsinar didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mem.bunuh Raffli. Kedua-dua tertuduh yang memakai kemeja T dan berseluar putih kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa mendengar hukuman. 


Pada prosiding itu, Hakim Karim juga melepaskan isteri ketiga Harun Azida Mohd Zol, pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari dan pengikut ajaran itu Jefferi Safar daripada tuduhan berkonspirasi melakukan pembu.nuhan itu pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.


Harun yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun sebelum ini turut didakwa berkonspirasi, bagaimanapun tuduhan itu digugurkan pada 26 Ogos 2016 selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.


Sebaik sahaja hakim selesai membacakan penghakimannya, keluarga mangsa dilihat menangis kegembiraan dan berpelukan sesama mereka manakala Azida, Shaizral Eddie Nizam dan Jefferi yang duduk di kandang tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sepanjang perbicaraan mahkamah mendengar keterangan 54 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim, Amer Hamzah Arshad dan Mohamad Naim Mahmud mengemukakan 10 saksi. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh dan Nurul Farhanah Mohd Suah. Kemudian Khamis 29 November 2018, keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan akhir Sumustapha Suradi dan Shamsinar Abdul Halim dan mengekalkan sabitan dan hukuman ma.ti. Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit. Mahkamah juga disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.


Peguam Iskandar Shah Ibrahim mewakili kedua-dua mereka sementara Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron menjalankan pendakwaan. Pilihan terakhir yang ada untuk kedua-dua mereka ialah memfailkan petisyen bagi pengampunan kepada Lembaga Pengampunan.


Jadi begitulah berakhirnya riwayat seorang pegawau yang telus dan amanah. Semoga roh Allahyarham Ahmad Rafflu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s