15 Lelaki dan 2 Orang Perempuan Ditahan Hadiri Private Party

 


Melaka: Polis telah membuat serbuan ke atas 2 buah unit kondominium di Daerah Melaka Tengah yang dikatakan telah mengadakan private party.


Hasil daripada serbuan tersebut, 7 orang  lelaki  dan 2 orang perempuan Melayu berserta 8 orang lelaki India berusia 17 hingga 35 tahun di tahan.



Melalui ujian air kencing yang dijalankan,  seorang telah didapati positif dadah jenis methamphetamine. Polis juga turut merampas alatan yang digunakan untuk tujuan sambutan private party tersebut. 


Siasatan dilakukan dibawah seksyen 6 enakmen hiburan negeri melaka dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952. Kesemua tangkapan juga telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 PPPB (LDKTJ) (PPN) 2021.


PDRM Melaka  sentiasa memantau sebarang aktiviti private party dan tidak bermoral yang diadakan secara haram di Negeri ini. Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang terlibat dengan sebarang kegiatan salah berlaku semasa aktiviti tersebut dijalankan.


PDRM Melaka ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang undang dan mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa prihatin menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah daripada terus berlaku.


Netizen turut menasihatkan agar para wanita terutama anak dara perlu menjaga diri sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Apatah lagi kedua-dua wanita tersebur berbangsa Melayu dan beragama Islam. Begitu juga kepada lelaki Melayu Islam supaya menjaga tingkah laku supaya tidak melampaui batas dan syariat Islam.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s