'Kepala Bapak Kau', Noh Omar M4ki Balik YB Jelutong

 


Hasil video 3 tahun lalu semasa pengucapan YB Jelutong Tuan Sanisvara mengatakan beret polis di Pulau Pinang begitu teruk dengan hanya memakai kipas angin besar kerana penghawa dingin rosak. 


Sambil menyorak isteri YB Pekan sempat bawa balik cincin permata tanpa dikenakan cukai. Sedangkan polis tentera yang menjaga keamanan pun tidak menerima kesitimewaan yang baik.


Pada minit 0.59 saat, YB Jelutong menyebut kepala bapa mereka seolah mengutuk barisan nasional kononnya menjaga polis dan tentera, perkara itu membuat beliau terasa dan akan menegakkan keadilan untuk polis dan tentera.



Selepas itu, YB Padang Terap Dato Seri Mahdzir Bin Khalid bangun dan menyatakan soal pembelaan polis dan tentera itu betul, tapi jangan permainkan kepala bapa, seperti biadap dalam parlimen. Beliau kemudian menyuruh YB Jelutong itu menarik balik perkataan itu, dan dewan menjadi kecoh.


Turut berada di sebelah YB Padang Terap adalah YB Tanjung Karang iaitu YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar turut bangun dan menyatakan di Tanjung Karang siapa kata mereka mengenepikan polis. Beliau memperuntukkan RM1.6 Juta untuk membaiki kuarters polis, bagaimana YB Jelutong boleh ambil contoh macam tu dan cakap keseluruhan kerajaan terdahulu tidak ambil peduli kebajikan polis dan tentera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s