Kenaikan Harga Anak Ayam Punca Harga Ayam Mahal

 

Ipoh Perak – Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata peningkatan harga anak ayam antara faktor dikenalpasti punca kenaikan harga ayam di pasaran.


Disebabkan itu, penternak mengurangkan pembelian anak ayam dan pengurangan bekalan di pasaran. Terdapat juga ayam dijual pada harga RM5.90 di pasar raya disebabkan pihak pasar raya mempunyai kontrak dengan pihak ladang memastikan harga yang diperoleh lebih rendah dan stabil.


KPDNHEP sedang giat melakukan pemeriksaan di seluruh negeri mendapati terdapat beberapa lokasi yang menjual ayam pada harga tinggi sehingga RM11.50 sekilogram antaranya di Pasar Awam Gopeng.


Hasil menemubual dengan penternak juga menyatakan peningkatan harga dedak ayam yang mana sebelum ini RM800 satu tan dibandingkan sekarang RM1,400 satu tan adalah salah satu punca harga ayam meningkat.


Selain itu faktor kekurangan pekerja asing dan terpaksa menggaji pekerja tempatan dengan kos yang lebih tinggi.


Tambah beliau sejak 5 september lalu sebanyak 125 premis telah diperiksa.


KPDNHEP juga akan terus memantau dan mencari jalan untuk menstabilkan harga ayam di pasaran memandangkan ia akan berlarutan dalam jangka masa panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s