Rita Rudaini Anggap Rakan Artis 'Talam 2 Muka'

 


Rita Rudaini pelakon cantik jelita yang tidak asing lagi dalam dunia seni Malaysia memilih tidak mengambil vaksin. Ia telah mencetuskan kontoversi dan menimbulkan pelbagai  pendapat, saranan dan tidak kurang juga kecaman  sama ada dari pihak rakan artis dan juga netizen. 


Mereka meggelar diri  sebagai prosave bukan antivaksin. Menurut Rita, rakan-rakan artis dan netizen perlu menghormati pilihan yang dilakukannya. Mereka tidak berhak  ke atas pilihannya. Ada rakan artis terlihat baik ketika berjumpa  tetapi mengejinya secara diam-diam kerana memilih jalan prosave. 



Dia juga yakin  ujian Covid Allah tunjukkan yang mana kawan atau sebaliknya. 


Rita memuat naik luahannya di salah sebuah status di media sosial Lana Nordin yang juga memilih untuk tidak mengambil vaksin. 


Beliau turut membuat perkongsian video perjalanannya  ke luar negara ketika pulang ke kampung suaminya di USA. Menurut Lana, beliau menggesa agar kerajaan hentikan kawalan pergerakan dan mulakan endemik secepatnya. Dia turut memberitahu di USA rakyat hidup seperti biasa tanpa pelitup muka, tanpa scan suhu dan bebas bergerak di pusat membeli-belah. 



Jika seseorang tidak mengambil vaksin, bukan satu ‘lesen’ untuk kita mengeji atau mengecam individu tersebut. Adalah lebih baik jika  kita menerangkan dan berhujah dengan fakta dan ilmu. Moga kita tergolong dengan orang-orang yang sabar. 


Nota***

ENDEMIK-  merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Contoh endemik di Malaysia seperti Wabak Demam Denggi. Demam Denggi boleh membawa kematian. Nyamuk Aedes tetap ada dikawasan rumah kerana Aedes senang membiak di kawasan garisan khatulistiwa. Tapi  kita mampu mencegahnya dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Begitu juga Covid, virus ini akan terus sentiasa ada di sekeliling kita. Tapi boleh dicegah melalui vaksin, pemakaian pelitup muka dan SOP yang disarankan KKM. 


Bila kerajaan mengumumkan endemik, maka rakyat akan hidup seperti biasa tetapi dengan norma baharu dan langkah pencegahan yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s