Dua Ulama Yang Meninggal Dunia Pada Tahun 2021

 


Mufti Perak Harussani Zakaria meninggal dunia akibat covid-19 pada bulan Mei lalu. 


Allahyarham dilaporkan positif covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Beliau memegang jawatan Mufti Perak sejak 1985, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 82 tahun.


“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada keluarga Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria atas musibah besar ini. 



Tidak ketinggalan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad, yang berkongsi gambar pertemuan terakhir mereka.


“Ini gambar kenangan yang masih saya simpan, ziarah terakhir sekitar tiga tahun lalu. 


“Setiap kali ke Perak, saya akan usahakan untuk mengunjungi beliau. Memohon doa dan restu ‘orang lama’ yang juga ilmuan yang amat disegani.


“Moga Allah SWT tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh, disisi-Nya. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” kongsi Zulkifli di Facebook.


Turut berduka juga pada 15 September lalu seorang Ulama Tertua Kedah meninggal dunia, hilang seorang permata ummah, ulama yang alim lagi soleh yang dikenali sebagai Pak Teh Mad Kuala Nerang atau Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Nor.


Pak Teh Mad mendirikan rumahtangga dengan anak gurunya sendiri Pak Chu Him iaitu Hajah Wan Solehah Binti Haji Wan Ibrahim Al-Fattani (Pak Chu Him). Pernikahannya diakadkan sendiri oleh Tuan Guru Pak Da Eil di Mekah.


Kembali ke tanah air :

Pada awal tahun 60an Pak Teh kembali ke tanah air dan mengasaskan sekolah Pondok Ahmadiah, Padang Nyior, Padang Terap,Kedah di atas tanah seluas 8 relung. Pondok beliau berkembang maju hingga terdapat 180 buah pondok ( 30 pondok pelajar putera,40 pondok pelajar puteri dan 90 pondok warga emas.

Bissirril Fatihah…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s