'Kerana Like Facebook, Ibu Sanggup…'

Sosial sekarang memang menjadi kegilaan ramai orang, terutama bagi para remaja. Tak kurang juga kepada kita golongan dewasa.


Tetapi sejauh manakah kegilaan ini yang membawa kepada akibat terhadap kehidupan kita. Terdapat satu kes yang dilaporkan di Amerik Syarikat, berkenaan dengan seorang ibu yang bernama Lacey Spears, dalam kes ini Lacey Spears pada mulanya, anaknya telah sakit dan dia telah dimasukkan di hospital.


Siapa sangka daripada cerita yang telah tular itu tiba-tiba ramai yang menunjukkan simpati dengan menekan butang like. Lacey ini seolah-olah hanyut. Dari situ Lacey suka menaikkan status berkenaan anaknya iaitu Garnerr Spears.


Tiba-tiba anak Lacey ini sentiasa sakit dan kerap masuk hospital sehinggalah pada tahun 2014 bulan Januari tiba-tiba anak Lacey Spears iaitu Garnett Spears telah pun meninggal dunia. 


Pada asalnya doktor sendiri tidak tahu apakah punca penyakit anak ini. Tetapi hasil daripada semakan dan kajian, di dalam badan anak ini mengandungi 69 pek garam yang dihidangkan di restoran. Melihat daripada kamera litar tertutup yang dirakam di dalam bilik di mana anak ini dirawat, ada kelihatan Lacey membawa anak ini ke tandas.


Kemudian kelihatan tiub yang keluar dan dipercayai Lacey telah memasukkan garam ke dalam tubuh badan anaknya untuk memastikan anak ini sentiasa sakit dan dirawat di hospital.


Hasil daripada siasatan pihak polis mendapati selama ini Lacey seolah-olah tenggelam dengan keseronokan di media sosial. Dia telah membuka pelbagai akaun di atas nama-nama yang lain dan sentiasa memuat naik gambar dan setiap kali apabila terdapat like dan komen daripada orang ramai Lacey teruja sehingga mengorbankan anaknya.


Bayangkan kerana hendak mendapat like peminat di facebook, ibunya sanggup letak garam supaya anaknya sentiasa sakit dan mendapat simpati orang dari facebook.


Ini bukan satu kes seperti begini, ada juga orang meninggal dunia kerana selfie dan terjatuh daripada bangunan, terjatuh daripada tebing.


Sejauh mana internet ini membawa kebaikan kepada kita dan juga keburukan. Semuanya terletak kepada kita sekiranya kita menggunkan dengan bijaksana maka ia memberi faedah kepada kita. Tapi sekiranya hanyut ianya akan memberi kesan kepada kita.


Ambil iktibar daripada kisah Lacey Spears dan anaknya. Semoga kita tidak akan menjadi mangsa internet.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s